blue moon is rising

Saturday, November 26, 2011

Kenangan sekolah

   Tiba2 rs teringat plak zmn sekolah dlu...time sekolah menengah..ksh ni berlaku msa aku form 5.. Masa 2 kat sekolah aku ada ceramah psl peristiwa Isra' dan Mikraj lps rehat. Aku dgn kwn sekelas aku boleh dikatakan rapat sbb mak ayah aku kwn bek dgn mak bpak dia sejak kat maktab dari sama2 kapel smpai kawen ambik keputusan nk ponteng ceramah 2.

ni lah kwn aku..udeen nama dia
skunk mgaji kat uitm Perak

   Bukan aku x suka ceramah agama ni..bg aku mmg bgs ceramah kat skolah ni..tp asyk dok pnggil org yg sma bg ceramah jln cerita dgn lwk yg sma telah buatkn aku rs boring. Jadi aku ajk la beliau memonteng ceramah yg wajib bg suma student sesi pagi itu untuk melepak serta b'pindah-randah dari 1 kelas ke kerlas yg lain. Selalu jgk aku buat mcm ni terutama hari Ahad sbb ada perhimpunan bosan.

   Nak dijadikan cerita nsb kami x baik. Kami telah terkantoi dan ditgkp oleh anjing sekolah (masa ni aku x jadi pgws lg) iaitu pgwas msa tgh lepak kat tngga. Maka kami pun di bawa mengadap Cikgu Fuad yg merupakan cg disiplin di sekolah aku. Tp beliau sudah pun meninggal dunia pda 6 Oktober 2008 di sekolah waktu aku form 6 sbb skt jantung.

Allahyarham Cikgu Fuad (baju hijau)

Beliau seorang yg agk garang dan sgt ditakuti oleh pelajar.Dh nama pun ketua guru disiplin. Tp beliau sgt baik dan dihormati pelajar disebabkan beliau merupakan orang tmptn dan kenal belaka student dia anak sapa,orang mana kat sekolah 2. Pantang dia klu dia tgh mrh2 kita gelak. Memang kna penampar la klu sapa yg wat prangai mcm 2 klu dia tgh marah atau serius.Cg Fuad ni jugak merupakan kwn ayh aku dgn ayh Udeen sbb pnh mgajar 1 sekolah yg sma dlu. Berikut merupakan perbualan kami di bilik disiplin:

Cg Fuad: (sambil mulut kunyah kacang)oooo..hmpa ponteng ceramah.. hmpa pi mana hah? hmpa isap rkk ka hah?
Aku: dak aih cg..mana ada saya skt pala td... pdhal menipu
Cg Fuad: hg skt apa plak dah? (tgn tnjuk Udeen)
Udeen: saya sakit kaki pas2 ngantok sma (kencing jugak)
Cg Fuad: awat,awat??? hmpa ingt mak pak hmpa cg, hmpa bleh buat apa yg hmpa suka kat sekolah? tgk 
               muka pown dh taw pembohong belaka.

Cg Fuad berdiri pas2 tgk muka Udeen. Yg Udeen bleh dok garu2 kepala dgn wat muka bodo. PANG!!! sebijik penampar hinggap kat muka Udeen. Aku yg berdiri seblah Udeen menyaksikan secara live x dpt nk tahan prasaan lucu tgk udeen kena sepak trus tergelak..tp sbb tkt aku tutup hidung tp ada bunyi jgk la sket2 sbb tahan gelak kan tgk bnda lawak. Cg Fuad pun mai dkt aku plak lalu berkata :

Cg Fuad: yg hg dok gelak2 seronok plak ni knp? (muka bengis)
Aku: ddddaaakk aih cg, sy tertelan coklat td... (muka pucat tunduk seriau) 

Udeen plak gelak tgk aku takut. Pas2 PANG!!! kena penampar lg sedas.

Cg Fuad: Ouwh dh kna pun bleh dok gelak2 serononk lagi. 

Kali ni aku dh x berani nak gelak. Lepas 2 arwah ckp baik2 dgn kami yg x elok kami buat perangai mcm ni. Kami bukan budak kelas ujung2 pas2 dia knal plak mak ayh kami. Lps kami minta maaf dgn janji x buat dh, arwah pun bagi kami keluar. Kat luar kami sama2 gelak sampai sengkak perut sbb Udeen kena penampar td dgn dia x puas ht sbb aku x kena apa2 walaupun aku bg alasan yg bdoh2. Inilah antara pglaman yg aku selalu ingt masa sekolah.

Friday, November 25, 2011

Kita mungkin sama tp nasib kita berbeza

   Bila mana tiba2 terasa hilang ngantok, terasa nk menulis pulak malam ni..aku terasa nak meluahkan perasaan aku di sini.. walaupun bnda ni dh lma berlaku tapi terasa jgk nk m'ungkit dan mengimbas kembali sejarah hidup aku..aku jadi teringat blk msa lampau aku bila aku telah berkesempatan melawat AADK di daerah Muar bagi membuat kajian dalam tugasan kumpulan.

  
   Di sebelah rakan aku sapuan 2 adalah responden yg telah kami temu bual.. gmbr t'pksa digelapkan bagi melindungi maruah beliau. Kalau berdasarkan rekod Bong  (bukan nama sebenar) merupakan seorang penagih tegar yg mana rekod dia boleh tahan jahat jgk menagih selama 28 tahun, 5 kali msuk penjara dan 5 kali jugak keluar masuk pusat serenti. Dia beri alasan kurang kasih-syg dgn pengaruh kwn2 adalah punca dia terjebak dgn dadah.

    Peristiwa tersebut telah mengingatkn aku kembali zmn jahiliah aku dulu di mana ak pown pnh b'jinak2 dgn menatang 2 jgk masa umur 16 tahun sbb pgaruh kwn2 dan juga mungkin kurang ksh syg jgk kot sbb duduk dgn tok dan tok wan aku..jd sudah tentu diorg x lah setegas mak bpak aku dalam mendidik aku. Betul ckp Bong,dadah ni mcm rkk jgk,bila dh ketagih bkn sng nk berenti. tp alhamdulillah aku x pnh ketagih cuma bila ada br ak rs sket2. Lg1 yg buat aku setuju dgn dia bila dia kata org rmai pndai ckp je sruh brenti la apa pdhal diorg bkn berada di tmpt kita, diorg x alami apa yg kita rs.

   Mcm 2 la jgk dgn rkk, bila kita x isap rkk mmg la sng kita sruh kwn2 yg isap rkk brenti, smbg segala bagai psai dadah pdhal pnh ke rs sndiri bnda 2 mcm mana??? ak b'syukur walaupun ak jht dan gk sesat dulu tp ak x la kandas dlm akedemik. Aku berjaya jgk melanjutkan pljaran di IPTA mcm org2 bek lg skema yang lain.

   Sekarang aku dah bertaubat. Dah lama dh aku tinggal bnda2 mcm 2. Yg pasti aku berubah dulu disebabkan ada orang yg membimbing aku. Yg pasti bukan awek aku yang sekarang. Kat sni ak nk ucapkan setinggi2 penghargaan dan jutaan terima kasih kpd beliau sbb slalu sbr dgn prangai aku dgn berjaya ubah ak. Dlu ak mls smyg tp skunk x lg. Ak jaga solat aku. Dulu time skolah ak selalu ponteng puasa skunk x lg. Dlu ak x pndai bca doa qunut,x reti bca doa sjud sahwi, x reti nk smyg taubat..mcm2 lg la aku x reti tp sekarang x lg..

   Stp kali ak m'aplikasikan apa yg telah beliau ajar, ak pasti akan m'ingt kembali jasa2 beliau. Terima kasih sbb bimbing aku kembali ke pangkal jalan. Awek aku yg skunk hnyalah kutip hasil bukannya yg membentuk aku. Beliau layak mendapat laki2 yg sehebat beliau jugak. Terima kasih sbb merubah dan menjadi sumber inspirasi atas kejayaan aku sekarang. 

Tuesday, October 11, 2011

Undang-undang pelik di seantero dunia


Berikut merupakan undang-undang yang memang wujud di serata dunia.
THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.
SWEDEN :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat certificate dari mereka.
KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.
SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tindakan denda boleh dikenakan bagi pengguna tandas yang tidak flush slps membuang air besar.
UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat awam.
MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki-hamun di tempat umum.
AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telefon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink di hari minggu.
GREECE :
* Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.
KANADA :
* Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
* Dilarang menyiram tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.
PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.
ISRAEL :
* Dilarang memelihara BABI di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
AMERIKA
ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikenakan bagi sesiapa yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.
ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.
ARKANSAS :
* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* Wanita menggoda lelaki di tepi jalan, akan dikenakan hukuman 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.
CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang melakukan hubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.
COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.
CONNECTICUT :
* Dilarang mencium isterinya di hari minggu.
FLORIDA :
* Dilarang menyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.
WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.
MALAYSIA :
* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

Friday, October 7, 2011

Rumah Sewa

   Semester kali ni merupakan pglaman pertama ak utk hdup lebih dewasa apabila tinggal di umh sewa dgn kwn2 1 kos dgn ak.. Seblom ni, ak x pnh la lg merasa kehidupan di rumah sewa.. Mula2 semuanya bagaikan indah lebih2 lg tinggal dgn kwn2 yg skema2 belaka.. tp lama kelamaan ia bertukar menjadi pglamn yg semakin jijik dan menjengkilkan. Terdapat beberapa perkara yg x menyenagkan ht bila dok dgn member2..terutama nk kna jaga tutur kata dgn memendam ketidakpuasan hati lebih2 lg tkt jd bermusuhan plak lebih2 lg 1 kos dgn kdg2 1 kelas. 
 1. Perangai pegotor makan minum pandai tapi x reti nk bsuh pggn. Kdg2 bila ak bgn pagi je bertimbun2 pinggan dalam sinki mula2 bleh la ak tolong bsuh lama2 nek nympah dgn org yg pandai kedarah dgn melanggah tp x reti nk bsuh. Sini bknnya kedai makan.

2. Tabiat keluar rumah x suka ttup pntu pagar. Padahal semua dh taw kwsn umh kita ni kes kecurian sgt tinggi umh kena pecah masuk 2 perkara biasa. x kn smpai ada moto kna curi br nk sedar. Bkn susah mana pown nk ttup paggar. Klu rumah kat kg x dak pagar pown jgn la dok wat batak sgt.

3. Pandai buat air tp x reti nk jerang air bila air dalam termos dh hbs. Mcm 2 la jgk dgn air masak. ak dtg lwt seminggu dr depa mula2 ak t'kjut rumah ni x dak cerek masa ak nk mnum air. Ak x taw mcm mana depa mnum air smnggu yg ak x dtg smpai last2 ak beli cerek pkai duet ak sndri tnpa claim. (tabiat dlm rumah ni ada sstgh individu ska berkira bila nk beli brang yg melibatkan kpentingan bersama mesti kna claim pdhal apa slhnya klu ada duet lebih sket beli je la)

4. Meja mkn yg slalu bersepah2 kemas pagi tgh hr je dh ktor blk.. jd jgn la wat2 heran bila rumah kita byk semut dgn lipas..yg dduk 2 pgotor.

5. Malas mengemas dgn menyapu pdhal kebersihan adalah sebahagian drp iman.

6. Bilik air yg x pnh dicuci...ak nk cuci pown dh x dak smgt x kn ak sorg je yg perlu menjaga kebersihan dlm tndas.. yg guna rmai..

7. ak x tahu seberapa lama ak mampu bertahan sbb mybe rmai x suka ak dlm rumah ni tp ak pown ada jgk org yg ak x berapa nk sng dlm rumah ni.

8. bila ada kelas pagi lgsung x hormat org yg tgh tido..sngaja start moto dok pulas2 myk bg bising2...terutama moto yg 2

 lni antara keburukan msyrkt yg terdapat dlm rumah ni..walaubagaimanapun ada jgk kebaikannya..

1. roomate ak sgt baik snggup ssh pyh kat ak masa ak skt dgn moto ak x sampai lg masa pos.

2.masa mata ak skt rmia yg tolong titikkan ubt kat mata ak.

3.masa beli perabot pown rmai2 pakat2 tolong pasang.

4.bila masak selalu masak lebih supaya rmai2 dpt mkn.

5.kesemua warga rumah solat.

6.boleh dikatakan majoriti bek2 blake dgn skema. (kira ak plg jht dlm depa semua).

7. sng dibawa berbincang dan ringan tulang bila mtk tolong.

8. rjn ke kelas..sem ni ak x ponteng lg kuliah..ha3

sekian...

Sunday, June 26, 2011

Masyarakat yang x berapa nk cerdik

   Ptg td, spt wktu kebiasaannya aku akn ke sekolah bg mengambil adik ak yg bersekolah di sebelah ptg..Tapi yg memelikkan bila sampai je dpn pagar sekolah ak dapati dua ekor pak guard yang selalu menjaga lau lintas bagi memudahkan pelajar sekolah melintas disebabkan lokasi sekolah yang strategik iaitu bersebelahan dgn laluan utama dari Kota Kuala Muda ke Pantai Merdeka terlalu sibuk ditambah lagi dgn keadaan jalan yg sgt teruk (rosak) sbbnya lori tanah dok keluar masuk tiap2 hari telah tidak menghadirkan diri spt kebiasaannya. Nak kata MC x kn dua2 org MC kot... nk kata cuti hari Ahad kat Kedah adalah hari bekerja.

  Balik kpd cter td, apabila loceng balik pada jam 6.45 dibunyikan, maka berkeliaranlah pelajar sekolah berpusu-pusu keluar dari pintu pagar utama utk pulang ke rumah masing2.Yang mengecewakan serta myktkn hati ak ialah skp masyarakat ( pengguna jalan raya) sama ada BODOH,BUTA HURUF, BANGANG, BUAT2 X NMPK atau PENTINGKAN DIRI sendiri terus memecut laju kenderaan msg2 bek moto atau keta, yg tua atau muda, jantan atau betina suma sama saja yg sama sekali x m'hiraukan jalan raya yg telah mula dipenuhi pelajar sekolah yang melintas.

 
 Persoalannya sekarang x tgk "sign board" ni? di tambah lagi dgn papan tanda budak botak melintas yg merujuk kpd pelajar sekolah . X reti baca ke dia sruh KURANGKAN LAJU bukannya TAMBAHKAN KELAJUAN.. hmm ini lah realiti skp masyarakat Malaysia yg majoritinya minda kelas ketiga.. kurang kesedaran sivik, penting diri sendiri, dan bodoh..x kn la bnda yg sng mcm ni pown x bleh nk ikut? klu ada plajar yg kna langgar hari ni mati mcm mana ? Klu mcm ni lah skp kita, sampai bila pun hasrat negara utk mencapai wawasan 2020 x kn tercapai disebabkan metaliti rkyt kita yg masih setara dgn negara2 miskin yg len (negara dunia ke-3). Sekian..

Tuesday, June 21, 2011

Pertandingan Sweet Couple Pundek

Tiba2 saja ak rs nk kutuk 1 page dekat FB ni berkenaan dgn Pertandingan Sweet Couple...  tujuan penubuhan page ini ialah :


  "mencari 'the best photo' anda bersama abang angkat/adik angkat/kakak angkat/scandal/kekasih/tunang/suami/isteri anda[yg bergelar 'bekas' pun boleh]. Pemenang akan dipilih setiap bulan untuk dijadikan model page ini."


ape ke bodoh admin page ni? x de keje dh ke? yg ak pelik ada 773 org bodoh yg like page ni...ha3...

Page bangang tersebut...

Oleh sbb ak dh terbukak dan tertengok, maka ak pown secara x lgsung nk jd juri jugak la nk pilih pasangan sweet couple yg terbek dlm page ni.. :)

muka mcm lec ak je yg laki 2...

memang 1 Malaysia hampa 2 org ni..

awek ke pembantu rumah :)???

megah sgt ke boleh minum arak? knp x mkn babi sama?

yg laki mcm mat ganja je

sweetnya... :) hahahaha

Jadi antara kesemua finalis yg telah dipilih...silalah anda tentukan siapa pemenangnya..ha3

Tuesday, June 14, 2011

Hukuman simbah asid dibalas simbah asid di Iran

  Trend simbah asid kat muka org bila x puas hati semakin menjadi2 dkt negara kita sejak akhir2 ini.Sejak bulan Mac, didapati sudah 23 kes simbah asid dilaporkan telah berlaku dalam negara kita Malaysia yg tercinta ini. Kebanyakan mangsa pula terdiri daripada kaum wanita. Walaubagaimanapun, setakat hukuman penjara atau denda, nampaknya belum mampu utk menakutkan org rmai dan juga kurang berbaloi jika dibandingkan dgn kesan trauma atau penderitaan yg akn ditanggung oleh org yg disimbah asid yang mana mampu merubah dirinya, masa dpnnya dan kesan yg akn ditanggung sepanjang hayat. 


  Jadi, di sini sy ingin mengambil contoh bentuk hukuman yang sesuai utk pesalah yang menyimbah asid dgn kejadian ini berlaku di Tehran, Iran yang mana  seorang lelaki telah didapati bersalah menyimbah asid ke muka seorang wanita telah dijatuhi hukuman simbah asid (sama dengan jenayah yang dilakukannya) oleh mahkamah negara itu.Majid Movahedi, 30, melakukan perbuatan kejam itu selepas mangsa, Ameneh Bahrami beberapa kali menolak lamarannya untuk berkahwin, sehingga mengakibatkan wajah wanita itu rosak teruk selain menyebabkannya menjadi buta dalam serangan pada 3 November 2004.


Ameneh menunjukkan wajah asalnya sebelum disimbah asid


 Mahkamah mengarahkan Majid dibutakan menggunakan asid selepas lelaki itu mengaku bersalah atas jenayah itu.Hukuman itu sepatutnya dijalankan kelmarin, namun pihak berkuasa Iran menangguhkannya selepas campur tangan masyarakat antarabangsa, termasuk Britain, yang mengecam hukuman itu.Ameneh berkata, pada awalnya dia mahu menjalankan sendiri hukuman itu yang ditegaskan sebagai sah dari segi undang-undang agama.“Tetapi saya takut asid tumpah di tangan saya, jadi lebih baik doktor yang melakukannya. Saya menunggu selama enam tahun untuk hari ini,” katanya, kelmarin.


Pesalah Majid Movahedi


 Menurut laporan berita Agensi, perbuatan lelaki berkenaan menyimbah asid adalah kerana kecewa cintanya ditolak wanita berkenaan yang juga bekas rakan pelajarnya di Universiti Teheran.Mahkamah pada awalnya menjatuhkan hukuman penjara ke atas tertuduh dan memberikan pampasan berjumlah kira-kira RM95,000 kepada mangsa namun ianya ditolak oleh wanita berkenaan dan mahu penyerangnya itu menderita sepertinya.“Saya mahu hukuman qisas dilaksanakan. Saya sudah bersedia untuk menjalankan tugas itu. Hanya dengan membutakan dia baru saya boleh tenteram,” kata Ameneh. Dia berkata, segala rayuan, supaya dia membatalkan hasratnya, termasuk daripada ibu lelaki itu sudah terlambat. Persediaan dibuat untuk membolehkan Ameneh menyuntik asid ke dalam mata Majid di sebuah hospital semalam, di bawah pengawasan doktor. Ameneh dibenarkan menitik 20 titisan asid pada setiap belah mata lelaki itu.


Hmm...agknya klu buat mcm ni undang2 kat Malaysia jugak mesti org jadi tkt dgn keselamatan dan martabat wanita juga akan lebih terpelihara. Laki ni pown 1 bengong dh org x nk cari je la pompuan len ni prngai khianat, jd mmg ptt pown kna.. sekian

Thursday, June 9, 2011

Kesesatan WANITA akhir zaman

  Sejak akhir2 ini, dilihat makin rmai golongan wanita yg sering mengeluarkan statement yg sgt pundek dan menyesatkan serta mengelirukan ramai pihak. Di sini t'dpt beberapa contoh wanita yg jahil lagi kufur tetapi blagak pndai.

1. Rosmah Mansor
 - Isteri PM kita yg sgt bingai dgn bangganya mempersembahkan Islamic Fashoin Festival. Event ini merupakan pertunjukan fesyen bagi kaum wanita ttp bercirikan Islam HaDhari iaitu fahaman yg telah dibawa oleh Pak Lah satu ketika dlu. Dengan nada yg agk sinis ala2 blagak pndai beliau telah berkata :

Pereka fesyen Muslim yang berhasrat ke peringkat global dan mempunyai pengiktirafan untuk jenama dan produk, mestilah memenuhi permintaan pelanggannya yang kini amat mengikuti trend. Sentiasa ingat bahawa fesyen hari ini melangkaui sempadan malahan dalam mengekalkan rona etnik atau budaya. Untuk mampu berbuat demikian, pereka fesyen mestilah peka dengan trend fesyen terkini dari ibu negara fesyen yang terkenal di dunia.


 Ok, fine x jadi masalah bagi umt Islam berfesyen terutama kaum wanita tapi cuba tgk gmbr2 ini: 







Adakah rekaan2 fesyen di ats menunjukkan ciri2 pakainan seorang wanita yg beragama Islam atau pun pakaian yg mengikut syariat Islam? Menurut beliau lagi , 


 “Berlainan dengan pandangan umum bahawa fesyen dan Islam adalah tidak selari, saya ingin mengulangi bahawa pakaian Islam khas untuk wanita masih boleh menjadi fesyen yang kontemporari dan bergaya dalam memenuhi ciri-ciri pakaian Islam termasuk kesederhaan. 


Sederhana ke mcm ni? Mcm x dak beza je dgn org bkn Islam.Mmg fesyen la kalau mcm ni sebab  bahagian dada x dilabuhkan mmg btol2 fesyen semata2 la tp x menepati syariat Islam..


2. Dr. Rohaya Mohamed






 - Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.
“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,”



Ni lagi sorg, x bleh ke perkataan pelacur 2 digantikan dgn perkataan yg baik2 sket kerana kata nama tersebut mewakili seluruh kaum wanita terutama yg dh berkahwin... Hbs 2 mak dia, nenek dia 2 mmg bercirikan pelacur kelas pertama ke sbb 2 la dia lahir kat dunia ni..? Mcm mana plak klu seseorg 2 gagal dlm perkahwinan disbbkn mslh2 lain yg x melibatkan seks? adakah mereka juga x mempunyai bakat utk menjadi pelacur kelas pertama? Jelasnya nampak sgt pompuan ni dgn laki dia b'khwin semata2 utk seks... 


“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual.


Sapa ajr kau yg tggjwb isteri suma 2? dalam Islam keje2 mcm 2 adalah tggjwb suami...kita melayu yg wat isteri mcm hamba disebabkan kita sudah dipengaruhi oleh agama hindu yg mmg sama sekali merendahkan martabat wanita. hmm....


3.  Salwa al-Mutair




-  Yang ni plak kisah berkenaan dgn ahli politik Kuwait yg mencadangkan agar kaum lelaki dibolehkan menyimpan hamba seks yg terdiri drp golongan banduan wanita bukan muslim di negara2 yg dilanda peperangan. Menurut perempuan ni lagi,  menyimpan hamba seks dapat menyelamatkan lelaki dewasa Kuwait daripada berzina yang boleh menghancurkan perkahwinan.


Dia menyatakan, semasa mengunjungi Mekah, dia pernah meminta pandangan beberapa cendiakawan Islam mengenai hamba seks. Menurutnya, mereka memberitahu bahawa hamba seks tidak haram. Aktivis politik dan pengacara televisyen itu berpendapat cadangan tersebut dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada tahanan perang wanita yang kemungkinan bakal meninggal dunia akibat masalah kelaparan ketika berada dalam penjara. 


Dgn bangangnya lagi beliau turut berkata : 



"Tiada apa yang perlu dimalukan dalam hal ini dan ia tidak haram (dilarang) di bawah hukum syariah Islam."
Dia mengambil contoh pemerintah Islam pada abad kelapan, Haroun al-Rashid yang didakwa menyimpan hampir 2,000 orang gundik.
Salwa turut memberi cadangan agar pejabat-pejabat yang menjalankan perniagaan menjual hamba seks itu dibuka kerana ia memiliki persamaan seperti agensi yang melatih khidmat pembantu rumah.
hmm...apa beza simpan hamba seks dgn berzina dan juga nikah batin spt yg t'dpt dlm ajrn2 sesat dlm negara kita 1 ketika dulu? bknkah statement betina ni telah sama sekali mengelirukan dgn ajaran Islam disamping merendah2kan dan menjatuhkan maruah dan martabat kaum wanita. 
Mcm mana klu org bkn Islam bca? bknkah diorg akn pndang serong pada ajrn Islam ? Dia ckp di pergi Mekah, mtk pndangan cendiakawan, ttp dia x nyatakan pandangan cendiakawan mana yg dia mtk, bagi contoh Haroun al-Rashid, dia 2 sapa ? maksumkah dia? knp x ambk contoh junjungan bsr kita Rasulullah s.a.w? 
HMM...dunia akhir zamin, anda baca dan nilaikanlah sendiri... sekian.. 

Saturday, April 2, 2011

Perbezaan stesen TV Malaysia dan Indonesia



Memasuki tahun 2011, Astro Arena telah dipilih secara rasmi sebagai penaja utama siaran langsung MSL Liga Super. Kontrak yang telah dimeterai bersama FAM menjangkau masa sehingga 4 tahun. Teknikalnya, kita sering  mempunyai tanggapan bahawa negara jiran kita Republik Indonesia merupakan negara yang miskin berbanding negara kita Malaysia. Namun, jika kita melihat kesungguhan kerajaan negara jiran kita dalam menyajikan siaran langsung sukan terutama bola sepak wajar dipuji dan kita seharusnya berasa malu dengan negara Indonesia. Hal ini kerana hanya terdapat beberapa stesen televisyen percuma yang dapat ditonton oleh rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak. Di Malaysia untuk menuntut siaran langsung bola sepak kita perlu melanggan stesen TV berbayar iaitu Astro. Walaubagaimanapun, kerajaan harus sedar bukan kesemua rakyat di negara ini mampu untuk melanggan astro. Di sini, saya ingin membuat perbandingan stesen televisyen sukan percuma yang terdapat di Indonesia dengan Malaysia.

 
 
 


Indonesia
1. Indonesia Super Leauge : ANTV
2. Liga Primer Indonesia : INDOSIAR, TRANS TV, METRO TV
3. English Primier Leauge : MNCTV, GLOBAL TV
4. Serie A : INDOSIAR
5.La Liga : TV ONE
6. UEFA Champions Leauge: RCTI
7. Asian Champions Leauge & AFC CUP : GLOBAL TV
* kesemua stesen televisyen di atas adalah PERCUMA !!!!

 


Malaysia
1.Malaysia Super Leauge, FA Cup, Piala Malaysia : ASTRO 801
2. Kesemua Liga Utama Dunia : Astro ESPN, Star Sport ( kesemuanya stesen televisyen berbayar)

Jadi kesimpulannya memang rakyat Malaysia lebih kaya dari rakyat Indonesia kerana lebih gemar menonton perlawanan bola sepak melalui stesen televisyen berbayar dan kerajaan Malaysia yang miskin kerana telah mengenakan caj bagi menampung sumber pendapatan tahunan mereka :-).




To be a better man

  1. Happy Moments - PRAISE ALLAH 
  2. Difficult Moments- SEEK ALLAH 
  3. Quiet Moments - WORSHIP ALLAH
  4. Painful Moments - TRUST ALLAH 
  5. Moment By Moment - THANK ALLAH

Sunday, February 27, 2011

10 Kebaikan Tidak Mengambil PTPTN


PTPTN atau nama penuhnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merupakan sejenis skim bantuan yang ditubuhkan pada 1 Julai 1997 oleh kerajaan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan bagi mebiaya kos pengajian dan juga kos sara diri semasa melanjutkan pengajian. Walaubagaimanapun, PTPTN sbnrnya tidaklah membantu pelajar sepenuhnya malah ia merupakan "ah long" sbnr yang menyeksa pelajar dalam diam dgn kadar faedah yang agk tinggi juga walaupun hakikatnya peminjam hanya perlu membayar 3% faedah daripada jumlah keseluruhan yang dipinjam. Faedah = bunga= riba...HARAM 2 HUKUMNYA dalam Islam...

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh BIRO PENDIDIKAN, PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, didapati terdapat 40 000 peminjam tegar yang telah disenarai hitam kerana gagal melunaskan pmbyrn PTPTN ini disamping jumlah kadar pembayaran balik yang terlalu rendah iaitu hanya berjumlah rm93 juta berbanding rm418.5 juta jumlah yg spttnya dikutip oleh kerajaan. hmmm kn rugi namanya 2..

Isu PTPTN mengeluarkan pinjaman sebanyak RM7.9 bilion sehingga kini menunjukkan satu senario atau pun trend yang membimbangkan dari segi pelaksanaan visi dan objektif murni Kerajaan membantu pelajar.Di sini ak ingin menyenaraikan antara kebaikan yg diperoleh apabila tidak meminjam dgn PTPTN.. :-)



1. T'hindar dari dosa besar kerana tidak terlibat dgn riba.
2. Bebas dari hutang apabila bekerja kelak.
3. Bebas utk keluar negara nanti 
4. X pyh ssh2 nk ikt perut bila PT lmbt msuk
5. X perlu beratur pnjg di Bank Islam bila nk kuarkan duet
6. Gaji x dipotong apabila kuar graduate dan kerja
7. X perlu risau nk budget2 bila berbelanja
8. Peluang utk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tnggi adalah cerah disebabkan tiada bebanan hutang
9. Kad matrik akn sentiasa putih dan bersih d'sbbkan tiada sbrng transaksi
10. sntiasa hidup b'sederhana x perlu boros dan x perlu b'jimat d'sbbkan jumlah p'blnjaan bulanan yg mantain.



Jadi jelaslah bahawa PTPTN sbnrnya m'bwa keburukan dan myusahkan b'bnding faedah yang mampu diperoleh...faedah dalam hutang ada la...jd, kerajaan perlu mengkaji semula skim bntuan ini. Cuba contohi kerajaan Kelantan yg memberi pnjaman secara Islam contohnya spt seorg shbt sy :
pinjam rm15 ribu
klu byr cash nnti dpt potongan 20%
ansuran plak X DAK sebarang faedah
yg 2 baru la btol2 nk m'bntu pljar...dah nama pun skim bantuankan...bknnya nk wat untung dgn myusahkan pljr..nk untung meniaga la...sekian, skiranya kenyataan ini menyinggung sesiapa sy memohon ribuan ampun dan maaf... 

Thursday, February 24, 2011

10 Filem Animasi Hebat Sepanjang Zaman

Ketika kebanyakan blog2 rkn2 sibuk membicarakan berkenaan dgn Pilihan Raya Kampus (PRK), tetapi di sini ak mengambil jln yg slmt demi membuktikan yg ak b'sikap nuetral dan tidak menyebelahi mana2 pihak. Walaupun kita semua sudah semakin menginjak dewasa, namun majoriti drp kita nampaknya masih meminati kartun terutama animasi yg b'bentuk filem kerana melalui filem animasilah selain menghiburkan kita jgk dpt menonton sesuatu perbuatan atau pergerakan yang mana manusia sendiri tidak mampu melakukannya di alam nyata atau lebih tepat lagi melalui filem animasi segala fantasi kita boleh menjadi nyata.

Berikut merupakan 10 filem animasi terbaik di dunia sepanjang zaman. (sumber: Entertainment Weekly)

10. Coraline (2009)

9. Bambi (1942)

8. Toy Story 2 (1999)

7. The Incredibles (2004)

6. Beauty and The Beast (1991)

5. Persepolis (2007)

4. The Lion King (1994)

3. Up (2009)

2. Spirited Away (2001)

dan filem paling hebat sepanjang zaman adalah :

1# The Wall -E # (2008)

Aku pasti sekali, dari kesepuluh filem animasi hebat yang tersenarai di ats pastinya antara kita semua masih terdapat filem animasi yang belum ditonton oleh kita...jd slmt mencari, mendownload dan menonton....

Friday, February 11, 2011

Bengang, Malang dan Bangang

  

Semalam 11 feb merupakan hari yg agk malang dan sangat menyakitkan hati ak....terdapat byk perkara yg agk kurang menyeronokkan telah berlaku... pertama ak dah post dkt fb bg kwn2 ak yg pompuan cara2 nk m'hntar tugasan kat ak...just masukkan je dlm box ak tp masih t'dpt juga yg x fhm bhsa yg tnggu2 ak trun dgn kol segala ape...Tp bnda  ini ak x rs mrh...just rs sdikit ssh la...tp nk wat mcm mana dh ak ketua kelas...ak t'pksa mjlnkan tnggungjwb ak walaupun t'pksa mgutip tugasan sampai ke cc...ak x ksh dan x mrh....sbb kbykn memberi kerjasama yg baik jd terima kasih..

   Lps je smyg jumaat, spt yg dijanjikan ak pun trus ke box utk membuat kutipan t'akhir tugasan...namun, malangnya masih t'dpt beberapa individu yg masih x fhm bhsa Melayu walaupun mwngaji kos BM kat sni...ada jgk yg x hntr lg dgn sruh ak tnggu..tp x pa kwn2 ak sbr je...

   Pas2 spt yg dijanjikan dgn lec....dia nk ak jmpa dia jam 3 ptg...ak pun lg 10 minit nk ckup 3 ptg bssh-pyh la angkt sorg suma tugasan pg ke fakutli bhsa spt yg dijanjikan..ak b'pakaian kasual suar jeans dgn t-shrt sbb ak bajet nk jmpa dia kjp je sbb ak nk ke pekan kuar duet dgn beli mkn.. namun agk malang bila ak masuk dlm fakulti pntu blik beliau kunci...

  Ak pun trus la kol dia...setelah beberapa kali mencuba br dia angkt, dia bg alasan dia ada meeting dan dia sruh ak tnggu dia SAMPAI JAM 4.....bygkn...masa 2 br pkul 3...apa ak nk wat sejam kat fakulti mcm org bdoh....bkn ada apa2 pown..lg satu dlm klas dia dh ckp dh dia ada meeting ak fhm tp dia jgk ckp pkul 3 dia nk kuar dr meeting jmpa ak...mmg ak bkn sapa2...ak student biasa je...tp x pyh la nk tpu ak...ak pun ada keja len jgk nak wat dr asyik menunggu...dah sejam tnggu...ak kol lg....dia sruh ak tnggu lg....mmg agk mrh+skt ht dh...skali lg dia ckp kejap je lg...tp kali ni ak dah skt ht rs nk blk...jd ak asyk kol kcau dia...bygkn ak dgn x mkn apa lg dari pg dok t'congok bdoh kat stu sorg2...kwn2 ak yg lalu-lalang jmpa lec len pown dah blk lama dah.

   Akhirnya...org yg ak tnggu2 pown smpai...bkn jam 3, bkn jam 4 spt yg dijanjikan..tp jam 4.40...ye jam 4.40....ak x tahu plak slama ni jam org bsr2,bks org politik klu jam 3 dia lwt 1 jam 40 minit dari jam org biasa,pelajar biasa mcm ak...yg ak kesal....dia lgsung x menunjukkan tnda kekesalan...mls wat muka selamba bangang je....pdhaL ak dah tnggu hg sket pnya lma...mmg la ko org bsr,ko ada kuasa,ada pgaruh, tp ko ttp x bleh wat mcm ni jgk kat org...org len pown manusia jgk...ak dah buang masa sampai 1 jam 40 minit menunggu bnda yg sia2....ko sbg pengajar tnjuk la contoh yg bek sket...ak x pnh pown pg lewat klas ko...ssh sgt ke ko nk ucp maaf x pown luah la rs kesal sket...bsr sgt ke ko? nnti ko mati kna adili sma jgk mcm ak

   Lps 2 ak jmpa dgn smbg x smpai 15 minit pun...bygkn ak sket pnya lma menunggu tp x b'baloi lgsung masa ak menunggu dgn masa ak jmpa nk bncang psl progrm 2.....lps 2 masa ak nk blk sampai je kat moto skali lg ada bnda yg wat ak nyirap...ada SURAT SAMAN dlm raga moto ak...saman meletak kenderaan di petak yg slh....hmm ak ingtkan nk parking kjp je tp dah jadi lama mcm 2 sbb 2 la ak kna saman;;;;klu ko nk tolong byrkan saman ak x pe jgk..x de la ak rs sia2 menunggu lama....kesimpulannya ak pulang ke kolej dgn perasaan sgt marah dan bengang.....

Monday, January 31, 2011

Liga Super Malaysia

  Tanggal 29 Januari 2011, liga utama negara yg dikenali sebagai Liga Super telah memulakan musimnya yg baru iaitu 2011/12 mcm EPL la plak..he3... dgn penjenamaan semula liga malaysia dgn Astro telah dilantik menjadi penaja rasmi liga tempatan ini dgn kontrak 4 tahun bernilai rm220 juta yg meliputi hak penyiaran yg bernilai rm30 juta dan juga tambahan bernilai rm100 juta bg kegiatan promosi oleh setelit berbayar. Jumlah ini adalah lebih bsr dan lumayan berbanding yg diterima leh FAM semasa Telekom Malaysia Berhad ( TM) menjadi penaja rasmi bola sepak tempatan dgn jumlah yg hanya mencecah rm12 juta. Maka tidak hairanlah sambutan yg diterima dan respon yg diberi oleh rkyt Malaysia juga adalah hambar dan tidak bermaya.

Makanya, sebelum sepak mula perlawanan pertama bg liga Super logo rasmi dan yg terkini telah diperkenalkan iaitu seperti berikut:


Melaui kaedah penjenamaan semula liga tempatan di samping kejayaan pasukan kebangsaan di peringkat Asia Tenggara iaitu dengan menjuarai Sukan Sea di Laos dan Piala AFF Suzuki, liga Malaysia dijangka kembali mendapat sambutan dalam kalangan peminat tempatan walaupun format pertandingan tidak diubah iaitu pengharaman pemain import dan juga ketiadaan wakil Malaysia dalam saingan Piala AFC disebabkan pasukan yg lyk bertanding takut utk menghantar wakil beraksi disebabkan tiada pemain import. ( mengambil iktibar dari peristiwa tahun lps bagaimana Selangor dibelasah teruk di peringkat kumpulan) dna akhirnya kandas di peringkat kumpulan.

Kedah cuba menawarkan diri utk beraksi dlm saingan tersebut namun permintaan mereka tidak dilayan oleh FAM walhal Kedah sudah 3 kali mara ke peringkat suku akhir termasuk 2 tahun yg lalu sewaktu ketiadaan pemain import.

Apa2 pun, selamat menonton liga Malaysia walaupun waktu perlawanan bertindih dgn EPL :-)..bagi yg tinggal berdekatan dgn stadium, dtglah beramai-ramai menyokong pasukan anda...terima kasih. 

Safee Sali penyerang berbisa Selangor

Idlan Talaha pemain Kelantan yg berskill tinggi

Badrol Bakhtiar pemain sayap Kedah dan turut berbahaya di pintu gol lawan

Selebriti bola sepak merangkap penyerang N9 Zaquan Adha

Ashaari Samsudin penjaring terbanyak liga super terus menabur bakti bersama Terengganu

Bekas pemain Kelantan yg kini menjadi sandaran T-Team Indra Putra

Akmal Rizal pemain buangan Kedah kini mencuba nasib di Perak

Wednesday, January 12, 2011

Berhentilah Merokok !!!

   

Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan


Merokok membahayakan kesihatan...Begitulah ayat yg sering t'pampang setiap kali anda membeli rokok. Pada pandangan aku langkah kerajaan meniru negara-negara barat dan negara jiran dengan memaparkan gambar-gambar kesan merokok sebenarnya tidak berkesan kpd si perokok terutama yg mmg perokok tegar. Kerajaan sebenarnya tidaklah begitu serius dalam mengambil langkah mengurangkan jumlah perokok di negara kita Malaysia. Hal ini kerana hasil jualan rokok di negara kita Malaysia mencecah rm50 juta sehari dan rm105 juta sebulan jika dihitung jumlah perokok tegar di Malaysia yg mencecah 7 juta orang. Jumlah ini pasti menguntungkan kerajaan kerana rokok dan juga arak merupakan antara penyumbang hasil ekonomi terbesar dalam negara setiap tahun. 




  Melalui kempen Tak Nak merokok yang x seberapa dan iklan-iklan di televisyen yang langsung tidak memberi kesan atau menakutkan perokok tegar, di sini aku ingin memberi cadangan tersendiri mengapa gambar atau kempen Tak Nak yg kini jarang ditayangkan di televisyen ditukar kpd cara-cara untuk berhenti merokok. Apa kata di kotak rokok tidak lagi menayangkan gambar2 bodoh yg langsung tidak menyeramkan itu juga di tukar kpd cara2 untuk berhenti merokok. Kalau betul nak suruh orang berhenti gtaw la caranya mcm mana bkn pndai berkempen dan cakap pandai je suruh orang supaya berhenti merokok. Berdasarkan kajian yg telah dilakukan oleh Global Youth Tobacco Survey, 7 daripada 10 remaja yang merokok berisiko untuk mendapat penyakit kanser yg boleh membawa maut akibat merokok.  


  Fakta sepintas lalu
  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.
kesan merokok


  Jadi, persoalannya di sini x perlu la hendak dicetak gambar2 kesan merokok, x perlu la mewawarkan kesan2 akibat merokok kerana kebanyakan perokok pada zmn sekarang dah educated suma sudah sedia maklum kesan-kesan akibat merokok spt kanser paru, kanser mulot, kanser tekak, dan sebagainya tetapi tidak mampu melawan ketagihan akibat merokok. Jadi kempen2 yang x berapa cerdik di televisyen dan media2 massa yg lain menyeru perokok supaya berhenti merokok haruslah ditukar kepada cara-cara untuk berhenti merokok kerana sebahagian besar perokok sebanarnya mempunyai keinginan utk berhenti merokok tetapi tidak mengetahui cara yang betul utk berhenti merokok. Berikut merupakan 5 cara yg mudah utk berhenti merokok : 
   





1. Selalu Berpuasa.
Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.
2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.
Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.
3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.
Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.
4. Aktif bersukan.
Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.
5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela.
Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.
Kepada perokok2 tegar di luar sana, selamat mencuba dan hentikanlah tabiat merokok!