blue moon is rising

Monday, December 20, 2010

Contohilah bola sepak Indonesia


   Suzuki Cup 2010....ketika ini baik penyokong Malaysia mahupun Indon,masing-masing sibuk memperkatakan  berkenaan peluang negara masing-masing dalam final yg bakal b'lngsung pda 26 dan 29hb...perlawanan tersebut akn dilangsungkn sbyk 2 kali iaitu pertama di KL kemudian di Jakarta. Ketika ini kedua2 penyokong pasukan Malaysia dan Indonesia telah mula saling b'provokasi di laman2 sosial dan di blog masing2.

  Sebagai rakyt Malaysia, sudah tentu aku mahukn Malaysia menewaskan Indonesia dan menjuarai Piala AFF wat julung kalinya setelah terkandas sbyk 4 kali di peringkat separuh akhir dan pernah sekali menjadi naib johan ketika ia dikenali sebagai Piala Tiger edisi 1996. Malaysia juga bermula dgn lembab dlm pertandingan kali ini dgn tewas 1-5 kpd Indon, seri dgn Thailand 0-0 kemudian menewaskan Laos 5-1 dan separuh akhir mng 2-0 ke ats Vietnam berbanding Indonesia yg cemerlang dgn rekod kemenangan 100% menwaskan Malaysia 5-1,Laos 6-0 , Thailand 2-1 dan juga Filipina 2-0 di peringkat separuh akhir, Jadi kelebihan sedikit memihak kpd Indonesia b'dsrkan perlwanan awl yg mana mereka telah mengalahkan Malaysia.

  Berbalik kpd tajuk di ats, negara kita wajar mencontohi bola sepak Indonesia terutama sistem liga dan juga keghairahan penyokong mereka yg begitu fanatik menyokong kelab dan pasukan kebangsaan mereka. Lihat sahaja ketika perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan mereka, penyokong mereka akan memenuhi setiap ruang di Stadium Gelora Bungkarno yg boleh memuatkan sehingga 80 000 org yg mempunyai kapasiti yg sma dgn stadium Shah Alam dan Bukit Jalil di Malaysia. Jika dilihat kpd aksi separuh akhir, stadium Bukit Jalil hnya dibnjiri  50 000 org penyokong sahaja itupun t'masuk dgn penyokong Vietnam.

penyokong Indon

  Mengikut ranking terbaru yg dikeluarkan oleh  FIFA dan AFC, Indonesia menduduki ranking ke-127 berbanding Malaysia di tangga ke-144 dan di peringkat Asia Inonesia menduduki ranking ke-19 berbanding Malaysia ke-25.Persoalnya, bagaimana sebuah negara yg maju seperti Malaysia boleh menduduki ranking yg lebih rendah berbanding negara-negara yg jauh lebih mundur dari segi prasarana dan infrastruktur sukannya dan miskin seperti di peringkat Asia Turkmenistan, Thailand, Indonesia dan India dan jika dibandingkan dgn negara-negara lain yg kadang-kala belum pernah kita dgr namanya sebelum ini seperti Antigua and Barbuda, Guyana, Suriname, Burundi, Barbados, Rwanda dan sebagainya juga mempunyai kedudukan ranking yg lebih ats berbanding pasukan bola sepak Malaysia.

pemain bola sepak negara

  Memang benar pasukan Indonesia mempunyai 2 org pemain import yg diberi taraf kewarganegaraan iaitu Cristian Gonzalez dari Uruguay dan Irfan Bachdim dari Belanda. Namun itu bukannya satu alasan yg kukuh. Lihat shaja pasukan Singapura mempunyai rmai bilangan pemain asing dlm pasukan kadang-kala mencecah 6 org dlm satu pasukan namun t'singkir di peringkat kumpulan lagi. Jadi cuba kita lihat struktur liga Indonesia atau dikenali sebagai Super Liga Indonesia (ISL). 

  


  Hakikat yg harus diakui, Indonesia Leauge atau Super Liga Indonesia merupakan liga terbaik (no.1) di rantau Asia Tenggara dan merupakan liga yg ke-5 terbaik di Asia slps liga Jepun, Korea, Australia dan China. 
Hal ini berlaku disebabkan oleh penggunaan sistem 3+2 yg diperkenalkan dlm format liga mereka iaitu sebuah pasukan boleh menggunakan khidmat 5 pemain import dgn 3 dari luar benua Asia dan baki 2 lagi adalah pemain Asia. Ketika ini, terdapat beberapa pemain import dari Thailand dan 8 org pemain Singapura iaitu Noh Alam Shah,  Muhammad Ridhuan, Baihakki Khaizan,Mustafic Fahrudin,  Precious Emuejeraye, Shahril Ishak, Khairul Amri, dan Agu Casmir beraksi dalam kancah liga Indonesia. Bakal menyusul 2 org pemain Filipina iaitu  Philip Younghusband dan Neil Etheridge yang turut akan beraksi dalam liga Indonesia tidak lama lagi. 

Persipura Jaya Pura (Indonesia) dan Armed Forces ( Singapore) dalam AFC 
Champion Leauges..Malaysia???? AFC Cup

   Maka tidak hairanlah kelab-kelab dari Indon mampu utk memberi saingan dalam pertandingan Liga Juara-juara Asia sedangkan kelab-kelab Malaysia hanya sekadar melayakkan diri ke pertandingan kelas kedua Piala Afc dan juga pasukan bola sepak kebangsaan mereka sangat kuat disebabkan sering mendapat pendedahan dalam perlawanan yg kompetetif disebabkan kehadiran pemain import ( x pyh ssh pergi berlatih di Slovakia) serta sambutan penyokong mereka terhadap bola sepak di negara mereka adalah sgt menggalakkan berbanding negara kita yg mana sukar mencari penyokong yg bnr-bnr setia ( hanya menyokong di saat menang) dan stadium selalu kosong. 

  Kesimpulannya, niat sebenar aku bukanlah hendak memperkecilkan pasukan kebangsaan sendiri dan mengutuk liga tempatan namun FAM seharusnya buka mata dan hendaklah lebih telus dan bersedia menerima perubahan mengikut arus bola sepak moden. Sampai bila liga kita hnya bergantung pda pemain tempatan yg menyebabkan jumlah penyokong yg membanjri stadium menjadi hmbr dan tahap permainan kita masih tidak meningkat? pengambilan pemain import adalah perlu bagi memeriahkan lagi arena liga bola sepak tempatan disamping memberi pendedahan yg berguna kpd pemain-pemain tempatan serta menjadi daya tarikan bg menarik penyokong ke stadium. Hal ini kerana , penonton akn t'hibur dgn corak permainan yg b'variasi disebabkan pemain import yg memeriahkan liga dtg dari pelbagai negara dan ltr blakang disamping pemain tmptn dpt mempelajari sesuatu dr mereka. FAM juga harus meneriam hakikat sukan bola sepak pada hari ini bukan lagi merupakan satu aktiviti sukan atau riadah sahaja tetapi lebih kpd bidang komersil bg m'peroleh pendapatan dan keuntungan spt di EPL, La Liga, Serie A dan yg plg hampir dgn kita Super Liga Indonesia. 

Sekian...apa2 pun selamat berjaya kpd pasukan kebangsaan Malaysia. Semoga Piala AFF kali ini menjadi milik kita. Pastikan peyokong kedua-dua pasukan akan disajikan satu perlawanan akhir yg menarik dan gaya permainan yg bermutu. 



  

  

No comments:

Post a Comment