blue moon is rising

Tuesday, June 14, 2011

Hukuman simbah asid dibalas simbah asid di Iran

  Trend simbah asid kat muka org bila x puas hati semakin menjadi2 dkt negara kita sejak akhir2 ini.Sejak bulan Mac, didapati sudah 23 kes simbah asid dilaporkan telah berlaku dalam negara kita Malaysia yg tercinta ini. Kebanyakan mangsa pula terdiri daripada kaum wanita. Walaubagaimanapun, setakat hukuman penjara atau denda, nampaknya belum mampu utk menakutkan org rmai dan juga kurang berbaloi jika dibandingkan dgn kesan trauma atau penderitaan yg akn ditanggung oleh org yg disimbah asid yang mana mampu merubah dirinya, masa dpnnya dan kesan yg akn ditanggung sepanjang hayat. 


  Jadi, di sini sy ingin mengambil contoh bentuk hukuman yang sesuai utk pesalah yang menyimbah asid dgn kejadian ini berlaku di Tehran, Iran yang mana  seorang lelaki telah didapati bersalah menyimbah asid ke muka seorang wanita telah dijatuhi hukuman simbah asid (sama dengan jenayah yang dilakukannya) oleh mahkamah negara itu.Majid Movahedi, 30, melakukan perbuatan kejam itu selepas mangsa, Ameneh Bahrami beberapa kali menolak lamarannya untuk berkahwin, sehingga mengakibatkan wajah wanita itu rosak teruk selain menyebabkannya menjadi buta dalam serangan pada 3 November 2004.


Ameneh menunjukkan wajah asalnya sebelum disimbah asid


 Mahkamah mengarahkan Majid dibutakan menggunakan asid selepas lelaki itu mengaku bersalah atas jenayah itu.Hukuman itu sepatutnya dijalankan kelmarin, namun pihak berkuasa Iran menangguhkannya selepas campur tangan masyarakat antarabangsa, termasuk Britain, yang mengecam hukuman itu.Ameneh berkata, pada awalnya dia mahu menjalankan sendiri hukuman itu yang ditegaskan sebagai sah dari segi undang-undang agama.“Tetapi saya takut asid tumpah di tangan saya, jadi lebih baik doktor yang melakukannya. Saya menunggu selama enam tahun untuk hari ini,” katanya, kelmarin.


Pesalah Majid Movahedi


 Menurut laporan berita Agensi, perbuatan lelaki berkenaan menyimbah asid adalah kerana kecewa cintanya ditolak wanita berkenaan yang juga bekas rakan pelajarnya di Universiti Teheran.Mahkamah pada awalnya menjatuhkan hukuman penjara ke atas tertuduh dan memberikan pampasan berjumlah kira-kira RM95,000 kepada mangsa namun ianya ditolak oleh wanita berkenaan dan mahu penyerangnya itu menderita sepertinya.“Saya mahu hukuman qisas dilaksanakan. Saya sudah bersedia untuk menjalankan tugas itu. Hanya dengan membutakan dia baru saya boleh tenteram,” kata Ameneh. Dia berkata, segala rayuan, supaya dia membatalkan hasratnya, termasuk daripada ibu lelaki itu sudah terlambat. Persediaan dibuat untuk membolehkan Ameneh menyuntik asid ke dalam mata Majid di sebuah hospital semalam, di bawah pengawasan doktor. Ameneh dibenarkan menitik 20 titisan asid pada setiap belah mata lelaki itu.


Hmm...agknya klu buat mcm ni undang2 kat Malaysia jugak mesti org jadi tkt dgn keselamatan dan martabat wanita juga akan lebih terpelihara. Laki ni pown 1 bengong dh org x nk cari je la pompuan len ni prngai khianat, jd mmg ptt pown kna.. sekian

No comments:

Post a Comment