blue moon is rising

Saturday, November 13, 2010

Sikap Media di Malaysia




  Aku bukanlah seorang yang fanatik atau berminat untuk berbicara berkenaan politik di Malaysia tetapi pada kali ini aku ingin menyuarakan rasa ketidakpuasan hati aku terhadap sikap media-media yang terdapat di negara kita Malaysia yang disifatkan tidak adil serta sering memberi maklumat yang tidak betul serta berat sebelah. 

  Walaupun negara kita Malaysia sudah merdeka selama 53 tahun dan juga negara kita Malaysia yang tercinta ini mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi di mana rakyat yang memilih pemimpin dan parti memerintah serta rakyat juga mempunyai kebebasan untuk bersuara namun hakikatnya rakyat sebenarnya tidaklah menikmati demokrasi itu sendiri serta tidaklah bebas untuk bersuara atau memperoleh sebarang maklumat yang tepat berkenaan masalah-masalah yang sering berlaku di negara kita terutamanya yang melibatkan ideologi politik yang berlainan. 

  Contohnya baru-baru ini telah berlaku banjir di kawasan utara tanah air iaitu melibatkan negeri Kedah dan Perlis. Saya ingin fokuskan peristiwa banjir yang berlaku di Kedah disebabkan Kedah merupakan negeri saya dan parti politik yang memerintah adalah bertentangan dengan parti politik yang memerintah kerajaan persekutuan. Saya begitu tertarik dengan video di mana Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak telah naik berang dengan media-media Malaysia dengan memberi jawapan sedemikian apabila ditanya berkenaan isu banjir yang melanda negeri Kedah. 







  Agak teradab disitu ye apabila beliau telah memberi jawapan bahwa RTM dan TV3 lebih mengetahui hal ehwal atau masalah banjir yang berlaku di Kedah walaupun beliau adalah Menteri Besar Kedah..ya..MB Kedah.. hasil daripada jawapan yang diberikan oleh beliau ini maka mulalah timbul cakap-cakap bahawa beliau seorang yang tidak profesional cepat melenting, tidak layak menjadi pemimpin dan cakap tak serupa bikin oleh pihak-pihak tertentu. Oleh itu bagaiman pula dengan contoh sikap MB Pahang yang menunjukkan isyarat lucah di persedangan DUN? bekas MB Perlis yang derhaka pada Sultan Perlis apabila disuruh berundur dan Mantan PM yang menderhaka pada Yang di-Pertuan Agung?


   Berbalik kepada kes banjir tadi, media telah menuduh kerajaan negeri telah lepas tangan dan berpeluk tubuh dengan tidak melakukan apa-apa di saat rakyat dilanda musibah banjir sedangkan Kerajaan Persekutuan bersama badan-badan kerajaan bertungkus-lumus dan bersusah-payah turun dari Kuala Lumpur  bersama-sama meredah banjir dan menempuhi pelbagai kesusahan semata-mata untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir. Maka media-media pun mulalah menyiarkan video dan gambar-gambar pemimpin tersebut memberi bantuan, meredah banjir, melawat pusat pemindahan banjir ditambah lagi dengan membuat laporan serta menyiarkan berita-berita yang negatif dan keburukan kerajaan negeri yang dilihat dalam media langsung tidak melakukan apa-apa tindakan malahan hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengatasi masalah ini. Benarkah ini semua?????? Jadi, bagi memperoleh maklumat yang sebenar berkenaan apa yang berlaku di negeri Kedah dalam menghadapi masalah banjir sila ikuti link ini.....http://skypecrews.blogspot.com/2010/11/jawapan-kenapa-menteri-besar-kedah.html



                                         Banjir paling buruk dalam sejarah negeri Kedah


                      
                                                                       Bandar Alor Star turut dinaiki air 




                                                                                               


   Apabila anda membaca setiap penjelasan dan tindakan yang diambil oleh kerajan negeri dalam menangani masalah ini maka jelaslah bahawa media Malaysia adalah berat sebelah . Sebelum banjir berlaku di Kedah, ribut pernah berlaku berdekatan dengan tempat tinggal aku di Simpor di mana beberapa rumah telah musnah dilanda taufan dan MB Kedah merupakan orang pertama yang hadir untuk meninjau masalah tersebut bahkan beliau telah naik berang dan memarahi pasukan bantuan disebabkan mereka lambat tiba untuk memberi bantuan kepada mangsa. Bagaimanapun hal ini tidak disiarkan dalam media.


                                            MB Kedah turun padang meninjau masalah rakyat
                                             
                                                         Khairy Jamaludin turut sama meredah banjir di Pokok Sena 




                                                      
    Memandangkan negara kita adalah demokrasi mengapa kita tidak megamalkan demokrasi yang sebenar-benarnya. Lihat sahaja contoh di Amerika Syarikat, negara musuh umat Islam media mereka bersikap lebih telus dan adil. Misalnya sewaktu pilihan raya bagi memilih Presiden di negara berkenaan dua parti politik yang bertanding iaitu Demokrat dan Republikan telah diberi ruangan dan masa yang seimbang untuk sama-sama berkempen dan meraih sokongan melaui media-media massa terutama di stesen-stesen televisyen di mana hal seperti ini tidak pernah berlaku di negara kita. Contoh yang lebih jelas misalnya RTM yang selama ini gemar berkempen untuk pihak Barisan Nasional dalam pilihanraya turut juga berkempen untuk Kerajaan Pakatan Rakyat di stesen televisyen mereka. Namun perkara sedemikian tidak mungkin akan berlaku kerana media kita terikat dengan pihak pemerintah yang autokratik sebenarnya. 


   Persoalannya sampai bilakah hal sebegini akan berlaku??? tidak malukah kita dengan negara luar terutama pihak barat yang mana kita merupakan sebuah negara islam dan mengamalkan pemerintahan demokrasi namun hakikatnya kita tidak ubah seperti komunis yang menindas rakyat atau sesama bangsa dan agamanya sendiri. Oleh itu, kita sebagai generasi muda hendaklah berfikiran lebih terbuka dan rasional,, Jangan bandingkan perjuangan politik zaman dahulu dengan sekarang kerana perbezaannya adalah sangat ketara. Kita bakal mencorak pemerintahan negara pada masa akan datang. Kesimpulannya kuasa di tangan kita semua. Sekian...
  






Friday, November 5, 2010

All I see is You


I remember us,
the way we used to be,
I'd hold you in my arms,
your smile so sweet to me,

But now when I see you,
you look right through me,
I feel so alone now,
but when I close my eyes...

...All I see is you.

The love we used to share,
gone up in whirl winds,
will I ever love,
or ever live again,

I am tired of crying,
and I am done trying,
To remember all about you,
but when I close my eyes...

...All I see is you.

All the love I am sending,
the memories I won't sell,
I know there must be an ending,
to the story I will tell,

I dream only of your love,
and happiness in life,
I try not to think of you,
but when I close my eyes...

..All I see is you.


Tuesday, November 2, 2010

Ragam dalam Menuntut Ilmu

   Memandangkan minggu ini adalah minggu study week, makanya semua pelajar mengambil kesempatan untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing termasuklah aku. Hal ini kerana pada semester kali ini, cuti yang diperoleh agak unik berbanding semester-semester yang sebelumnya kerana cuti study week akan bergabung dengan cuti khas selama 2 mnggu iaitu bersempena dengan cuti Raya Haji dan Deepavali. Walaubagaimanapun, masih terdapat rakan-rakanku yang masih menetap di kolej disebabkan faktor rumah terlalu jauh iaitu berasal dari Sabah atau Sarawak dan juga terdapat rakanku yang masih menetap di kolej disebabkan 10hb November nanti kesemua pelajar semester 1 hingga 3 di UPSI akan berlumba-lumba untuk mendaftar subjek atau disebut Course Registration untuk subjek semester hadapan.

  Niat aku pada mulanya bukan untuk mengutuk tempat aku menuntut ilmu ini, aku bersyukur dapat belajar di satu-satunya universiti pendidikan yang terdapat di negara ini tetapi hakikatnya pendaftaran kursus secara online yang baru diperkenalkan semasa aku di semester 1 amatlah menyusahkan dan sama sekali tidak menepati ciri-ciri atau kritria serta nilai-nilai bitara yang terdapat dalam motto UPSI. Di sini aku ingin menyenaraikan secara umum nilai-nilai bitara UPSI iaitu :

                                                         UPSI yang aku cintai
                                                        

  1. Intergriti
  2. Profesional
  3. Semangat berpasukan
  4. Berorientasikan pelanggan
  5. Prihatin kebajikan anggota
  6. Kreatif dan inovatif 
  Jadi setelah dengan jelas kita mengetahui nilai-nilai bitara sekarang cubalah kita sama-sama bandingkan pula dengan contoh-contoh di bawah. Tak perlu rasanya kita mengaitkan nilai-nilai bitara ini dengan situasi yang lain cukuplah dalam satu situasi yang mudah tapi akhirnya menjadi rumit iaitu semasa pendaftaran kursus. Hal ini akan sentiasa berlaku setiap semester.
  • Integriti: merangkumi amanah, telus, akauntibiliti, dan adil. Adilkah pendaftaran kursus dibuat secara berasingan iaitu pendaftaran dibuat berdasarkan tahap kesenioran pelajar iaitu bermula dari semester 7 hinggalah menurun ke semster 1. Jika berdasarkan logik saya, pelajar senior tidak menghadapi masalah bagi mendaftar subjek masing-masing kerana semester 7 biasanya tidak perlu bersaing bagi merebut tempat bagi mendapatkan subjek universiti, major serta minor berbanding pelajar semester 1 hingga 3 yang terpaksa bersaing sesama sendiri merebut subjek-subjek yang terhad serta bilangan kelas yang tidak mencukupi. Kesannya daripada perlaksanaan sistem ini biasanya disebabkan kami merupakan giliran yang terakhir mendaftar kursus, kami biasanya akan mengutip sisa-sisa atau subjek yang tidak popular dan tidak digemari oleh pelajar-pelajar senior tidak kiralah major,minor atau subjek universiti.
  • Profesional. bidang ini merangkumi iltizam, cinta ilmu,kompeten dan beretika. Memang sesiapa sahaja yang masuk ke UPSI seorang yang cinta akan ilmu dan beretika berbanding universiti-universit yang lain ( puji sikit UPSI..He3) persoalannya profesionalkah kita dengan memperkenalkan sistem pendaftaran kursus terbuka ini yang nyata menyusahkan pelajar dan akhirnya menjadi haru-biru iaitu terpaksa berulang-alik ke fakulti merayu-rayu supaya dibukakan lagi kelas-kelas yang tidak dapat didaftarkan semasa minggu pendaftaran disebabkan sudah penuh.
  • Dalam nilai semangat berpasukan dan berorientasikan pelangaan, semangat berpasukan dapat dilihat dengan jelas semasa hari pendaftaran kursus. Rakan-rakan akan sentiasa membantu iaitu dengan membantu rakan yang lain sekiranya berlaku gangguan WIFI atau kegagalan untuk memasuki MySis. Nilai kerjasama dan toleransi dapat dilihat dalam situasi sebegini. Namun dalam kes sebegini, dimanakah nilai yang menunjukkan berorientasikan pelanggan? pelajar terpaksa bersengkang mata sejak jam 12 tengah malam sewaktu pendaftaran dibuka sehinggalah esok pagi semata-mata untuk menunggu untuk memasuki sistem Mysis yang menjadi lembab gara-gara terlalu ramai yang cuba untuk mengakses dalam satu masa yang sama. Ini sama sekali langsung tidak berorientasikan pelanggan tetapi lebih cenderung memberi lebih kesenangan kepada pihak penjual dalam konteks ini pihak pengurusan. Bak kata orang Kedah " depa saja biaq kita susah asaikan qeja depa senang".
  • Akhir sekali nilai kreatif dan inovatif. Berdasarkan kesusahan yang sering ditempuhi kami selama melakukan course registration ternyata sekali pihak pengurusan memang kreatif dan inovatif iaitu merebut peluang dan berdaya cipta. Mereka membiarkan kami berebut peluang sesama sendiri melalui daya cipta mereka dan secara rumusannya mereka sangat kreatif dan inovatif dalam menyusahkan kami. Lihat sajalah semester depan kebanyakan jadual kuliah yang terpaksa kami susun sendiri adalah clash dan tidak boleh di add secara serentak disebabkan oleh pertembungan masa dan hari. Kesimpulannya jangan kata nak ambik 21 jam kredit semster depan, nak cukupkan 18 jam kredit pun susah...hmmm...walaubagaimanapun, aku tetap rasa gembira diberi peluang belajar di sini, mengenali rakan-rakan baru di sini, dan aku rasa gembira dan sangat suka bumi Tg Malim dan Hulu Bernam kolej kediamanku. :-)
   Apapun doaku kpd rakan-rakan, selamat berlumba-lumba pada 10hb Nov ini. semoga kita dapat menembusi Mysis tanpa sebarang masalah seperti semester-semester lepas dan semoga kita semua berjaya mengAdd subjek dan kumpulan yang kita inginkan. Sekian..

                                    Kampus baru yang dijangka siap menjelang 2013 
                                                        
                                                       Sungguh cantik dan canggih

                                                  Kolej kediaman yang tercinta

                                               Sungguh cantik dan selesa serta tinggi

 
                                   Guru adalah salah satu pekerjaan yang mulia :-) 
                                    kitalah yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa