blue moon is rising

Saturday, November 13, 2010

Sikap Media di Malaysia




  Aku bukanlah seorang yang fanatik atau berminat untuk berbicara berkenaan politik di Malaysia tetapi pada kali ini aku ingin menyuarakan rasa ketidakpuasan hati aku terhadap sikap media-media yang terdapat di negara kita Malaysia yang disifatkan tidak adil serta sering memberi maklumat yang tidak betul serta berat sebelah. 

  Walaupun negara kita Malaysia sudah merdeka selama 53 tahun dan juga negara kita Malaysia yang tercinta ini mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi di mana rakyat yang memilih pemimpin dan parti memerintah serta rakyat juga mempunyai kebebasan untuk bersuara namun hakikatnya rakyat sebenarnya tidaklah menikmati demokrasi itu sendiri serta tidaklah bebas untuk bersuara atau memperoleh sebarang maklumat yang tepat berkenaan masalah-masalah yang sering berlaku di negara kita terutamanya yang melibatkan ideologi politik yang berlainan. 

  Contohnya baru-baru ini telah berlaku banjir di kawasan utara tanah air iaitu melibatkan negeri Kedah dan Perlis. Saya ingin fokuskan peristiwa banjir yang berlaku di Kedah disebabkan Kedah merupakan negeri saya dan parti politik yang memerintah adalah bertentangan dengan parti politik yang memerintah kerajaan persekutuan. Saya begitu tertarik dengan video di mana Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak telah naik berang dengan media-media Malaysia dengan memberi jawapan sedemikian apabila ditanya berkenaan isu banjir yang melanda negeri Kedah. 







  Agak teradab disitu ye apabila beliau telah memberi jawapan bahwa RTM dan TV3 lebih mengetahui hal ehwal atau masalah banjir yang berlaku di Kedah walaupun beliau adalah Menteri Besar Kedah..ya..MB Kedah.. hasil daripada jawapan yang diberikan oleh beliau ini maka mulalah timbul cakap-cakap bahawa beliau seorang yang tidak profesional cepat melenting, tidak layak menjadi pemimpin dan cakap tak serupa bikin oleh pihak-pihak tertentu. Oleh itu bagaiman pula dengan contoh sikap MB Pahang yang menunjukkan isyarat lucah di persedangan DUN? bekas MB Perlis yang derhaka pada Sultan Perlis apabila disuruh berundur dan Mantan PM yang menderhaka pada Yang di-Pertuan Agung?


   Berbalik kepada kes banjir tadi, media telah menuduh kerajaan negeri telah lepas tangan dan berpeluk tubuh dengan tidak melakukan apa-apa di saat rakyat dilanda musibah banjir sedangkan Kerajaan Persekutuan bersama badan-badan kerajaan bertungkus-lumus dan bersusah-payah turun dari Kuala Lumpur  bersama-sama meredah banjir dan menempuhi pelbagai kesusahan semata-mata untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir. Maka media-media pun mulalah menyiarkan video dan gambar-gambar pemimpin tersebut memberi bantuan, meredah banjir, melawat pusat pemindahan banjir ditambah lagi dengan membuat laporan serta menyiarkan berita-berita yang negatif dan keburukan kerajaan negeri yang dilihat dalam media langsung tidak melakukan apa-apa tindakan malahan hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengatasi masalah ini. Benarkah ini semua?????? Jadi, bagi memperoleh maklumat yang sebenar berkenaan apa yang berlaku di negeri Kedah dalam menghadapi masalah banjir sila ikuti link ini.....http://skypecrews.blogspot.com/2010/11/jawapan-kenapa-menteri-besar-kedah.html



                                         Banjir paling buruk dalam sejarah negeri Kedah


                      
                                                                       Bandar Alor Star turut dinaiki air 




                                                                                               


   Apabila anda membaca setiap penjelasan dan tindakan yang diambil oleh kerajan negeri dalam menangani masalah ini maka jelaslah bahawa media Malaysia adalah berat sebelah . Sebelum banjir berlaku di Kedah, ribut pernah berlaku berdekatan dengan tempat tinggal aku di Simpor di mana beberapa rumah telah musnah dilanda taufan dan MB Kedah merupakan orang pertama yang hadir untuk meninjau masalah tersebut bahkan beliau telah naik berang dan memarahi pasukan bantuan disebabkan mereka lambat tiba untuk memberi bantuan kepada mangsa. Bagaimanapun hal ini tidak disiarkan dalam media.


                                            MB Kedah turun padang meninjau masalah rakyat
                                             
                                                         Khairy Jamaludin turut sama meredah banjir di Pokok Sena 




                                                      
    Memandangkan negara kita adalah demokrasi mengapa kita tidak megamalkan demokrasi yang sebenar-benarnya. Lihat sahaja contoh di Amerika Syarikat, negara musuh umat Islam media mereka bersikap lebih telus dan adil. Misalnya sewaktu pilihan raya bagi memilih Presiden di negara berkenaan dua parti politik yang bertanding iaitu Demokrat dan Republikan telah diberi ruangan dan masa yang seimbang untuk sama-sama berkempen dan meraih sokongan melaui media-media massa terutama di stesen-stesen televisyen di mana hal seperti ini tidak pernah berlaku di negara kita. Contoh yang lebih jelas misalnya RTM yang selama ini gemar berkempen untuk pihak Barisan Nasional dalam pilihanraya turut juga berkempen untuk Kerajaan Pakatan Rakyat di stesen televisyen mereka. Namun perkara sedemikian tidak mungkin akan berlaku kerana media kita terikat dengan pihak pemerintah yang autokratik sebenarnya. 


   Persoalannya sampai bilakah hal sebegini akan berlaku??? tidak malukah kita dengan negara luar terutama pihak barat yang mana kita merupakan sebuah negara islam dan mengamalkan pemerintahan demokrasi namun hakikatnya kita tidak ubah seperti komunis yang menindas rakyat atau sesama bangsa dan agamanya sendiri. Oleh itu, kita sebagai generasi muda hendaklah berfikiran lebih terbuka dan rasional,, Jangan bandingkan perjuangan politik zaman dahulu dengan sekarang kerana perbezaannya adalah sangat ketara. Kita bakal mencorak pemerintahan negara pada masa akan datang. Kesimpulannya kuasa di tangan kita semua. Sekian...
  






2 comments:

  1. ape yg nak diherankan...tu pasal la ramai yg tk puas hati dgn kerajaan perssekutuan...nampak je air mcm jernih...tp dasarnya penuh dgn keladak...bile dikacau bawahnya abis keruh air tu...

    pelajarannya ialah kalo nak air jernih selalu mestila kna pastikan dasarnya pon jernih gak

    ReplyDelete
  2. iye...semoga media di malaysia jgk b'skp lebih telus...x kn la klu pmbngkang skali pown x dak lgsung prngai elok...suma bruk je

    ReplyDelete