blue moon is rising

Saturday, April 2, 2011

Perbezaan stesen TV Malaysia dan Indonesia



Memasuki tahun 2011, Astro Arena telah dipilih secara rasmi sebagai penaja utama siaran langsung MSL Liga Super. Kontrak yang telah dimeterai bersama FAM menjangkau masa sehingga 4 tahun. Teknikalnya, kita sering  mempunyai tanggapan bahawa negara jiran kita Republik Indonesia merupakan negara yang miskin berbanding negara kita Malaysia. Namun, jika kita melihat kesungguhan kerajaan negara jiran kita dalam menyajikan siaran langsung sukan terutama bola sepak wajar dipuji dan kita seharusnya berasa malu dengan negara Indonesia. Hal ini kerana hanya terdapat beberapa stesen televisyen percuma yang dapat ditonton oleh rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak. Di Malaysia untuk menuntut siaran langsung bola sepak kita perlu melanggan stesen TV berbayar iaitu Astro. Walaubagaimanapun, kerajaan harus sedar bukan kesemua rakyat di negara ini mampu untuk melanggan astro. Di sini, saya ingin membuat perbandingan stesen televisyen sukan percuma yang terdapat di Indonesia dengan Malaysia.

 
 
 


Indonesia
1. Indonesia Super Leauge : ANTV
2. Liga Primer Indonesia : INDOSIAR, TRANS TV, METRO TV
3. English Primier Leauge : MNCTV, GLOBAL TV
4. Serie A : INDOSIAR
5.La Liga : TV ONE
6. UEFA Champions Leauge: RCTI
7. Asian Champions Leauge & AFC CUP : GLOBAL TV
* kesemua stesen televisyen di atas adalah PERCUMA !!!!

 


Malaysia
1.Malaysia Super Leauge, FA Cup, Piala Malaysia : ASTRO 801
2. Kesemua Liga Utama Dunia : Astro ESPN, Star Sport ( kesemuanya stesen televisyen berbayar)

Jadi kesimpulannya memang rakyat Malaysia lebih kaya dari rakyat Indonesia kerana lebih gemar menonton perlawanan bola sepak melalui stesen televisyen berbayar dan kerajaan Malaysia yang miskin kerana telah mengenakan caj bagi menampung sumber pendapatan tahunan mereka :-).




2 comments:

  1. ini baru kamu fokuskan dalam sukan. Sebenarnya, industri penyiaran di Indonesia lebih banyak kerana bilangan orang yang pakar dalam bidang ini ramai berbanding dengan kita yang hanya sedikit sahaja kerana kita tidak berminat untuk mendalami ilmu bidang penyiaran. Oleh itu, kerajaan terpaksa mengambil inisiatif untuk menggunakan televisyen berbayar. Selain itu, peminat yang menonton sukan di Malaysia amat berbeza dengan di Indonesia kerana ramai rakyat Malaysia tidaklah begitu gemari untuk menonton perlawanan bola sepak. Kalau adapun secara suka-suak sahaja. Jadi, permintaannya tidaklah begitu "demand" berbanding di Indonesia yang rata-ratanya gemar menonton perlawanan bola sepak dan pihak saudara hanya memfokuskan dalam sukan. Cuba pihak saudara fokuskan dalam penyiaran pendidikan, dokumentari, kartun dan lain-lain. Adakah Indonesia?

    ReplyDelete
  2. bukan mcm 2 saudara....kita tgk dlm bidang sukan...bkn x ada rkyt malaysia yg mnt sukan..byk..buktinya cuba lihat klu ada prlwanan epl, la liga, CL, brapa rmai yg tpksa ssh pyh pg kerumun kdai mamak sbb nk tgk? sbb diorg x mampu nk pasang astro..bkn suma rkyt Malaysia mampu nk memiliki stesen tv b'byr.. lg1 hsrt kerajaan utk membudayakan sukan dlm rkyt Malaysia..boleh ke dsr ni dicapai skiranya kita b'terusan pk nk wat untung je b'bnding melakukan khidmat sosial dlm msyrkt?

    ReplyDelete