blue moon is rising

Friday, December 3, 2010

Cara-cara untuk tidur pada waktu malam



Remaja seringkali sukar untuk tidur pada waktu malam terutamanya pelajar universiti di tambah pula pada minggu-minggu peperiksaan termasuklah aku sekali...tapi aku x dpt tido bkn disebabkan oleh aku kuat study tetapi mmg dah menjadi satu tabiat merasa sukar untuk tidur malam. Yang peliknya siang sng plak nk tido. Bila baring je terus lena siap meleleh2 lagi air liur basi..hahaha di sini aku ingin memberi sedikit petua bagaimana cara untuk tidur pada waktu malam.

1. Paksakan diri untuk tidur pada waktu malam sahaja
Cara yang pertama ini agak sukar apabila ia memang sudah menjadi tabiat kita. Walaubagaimanapun dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti di siang hari seperti men game, on9,study ke dan futsal stp ptg dpt melupakan kita tentang tidur di siang hari dan akn menyebabkan kita berasa letih dan mudah tidur pada waktu malam.

katil yang kemas

2. Kemaskan katil / tempat tidur
Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti serta nyenyak, sebelum tidur kita hendaklah rapikan dahulu kamar. Cadar ditarik cekang...selimut dilipat dan diletakkan sebelah kaki dan bantal disusun mengikut formasi keselesaan kita sama mcm ak, ak selesa 2 bantal di kepala, satu untuk pluk dengan satu lagi untuk disendal sebelah tepi. Apabila tempat tidur kita selesa, kita akn mudah untuk terlena.

3. Jangan makan berlebihan pada waktu malam
Seeloknya kita wajar mencontohi budaya orang Cina iaitu hanya makan sebelum maghrib iaitu pada waktu petang. Elakkan makan pada waktu malam apatah lagi lewat malam. Hal ini kerana perut yang penuh menyebabkan perut masih belum dapat melakukan proses pencernaan yang sempurna. Kurangkan makan makanan ringan.

4. Hindari makanan dan minuman yang menyebabkan insomnia
Kita hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat dengan hanya makan makanan yang berkhasiat. Untuk mengelakkan sukar tidur pada waktu malam, Hindarilah tabiat meminum minuman berkafien seperti Tongkat Ali, Nescafe, Kopi dan sebagainya dan juga hentikan tabiat merokok. Hindari juga minuman yang membekalkan tenaga seperti 100plus, revive, redbull dan sebagainya kerana tenaga yang berlebihan akan turut menyebabkan kita sukar umtuk tidur.

hentian tabiat merokok

5. Belajar dengan serius pada malam hari.
Untuk mudah tidur terutama pada minggu peperiksaan. Elakkan daripada mengulangkaji pelajaran awal2. Study last minute...Paksa diri baca buku2 pelajaran terutama buku2 yang sukar untuk difahami dan menggunakan bahasa yang tinggi. Melalui cara ini, otak akan berasa letih dan mudah untuk terlelap dengan automatik.

6. Padam lampu dan ttup lat top.
Akhir sekali, untuk mudah tidur pada waktu malam, padamkan lampu,kuncikan pintu dan juga ttup l.top. Apabila persekitaran kita menjadi gelap dan sunyi-sepi, kita akan mudah berasa jemu dan akhirnya akan terlelap dengan sendiri. Walaubagaimanapun, pastikan gigi digosok, muka dicuci begitu juga dengan kaki.Jangan lupa juga untuk baca doa tidur. Mana la nak taw esok2 dah x bgn dah.

Jam sudah menunjukkan 1.50 pagi dan esok aku ada paper pagi dan petang. Ok lah..sekian hanya disini sahaja. Selamat mencuba.
                                                                              

2 comments: