blue moon is rising

Monday, January 31, 2011

Liga Super Malaysia

  Tanggal 29 Januari 2011, liga utama negara yg dikenali sebagai Liga Super telah memulakan musimnya yg baru iaitu 2011/12 mcm EPL la plak..he3... dgn penjenamaan semula liga malaysia dgn Astro telah dilantik menjadi penaja rasmi liga tempatan ini dgn kontrak 4 tahun bernilai rm220 juta yg meliputi hak penyiaran yg bernilai rm30 juta dan juga tambahan bernilai rm100 juta bg kegiatan promosi oleh setelit berbayar. Jumlah ini adalah lebih bsr dan lumayan berbanding yg diterima leh FAM semasa Telekom Malaysia Berhad ( TM) menjadi penaja rasmi bola sepak tempatan dgn jumlah yg hanya mencecah rm12 juta. Maka tidak hairanlah sambutan yg diterima dan respon yg diberi oleh rkyt Malaysia juga adalah hambar dan tidak bermaya.

Makanya, sebelum sepak mula perlawanan pertama bg liga Super logo rasmi dan yg terkini telah diperkenalkan iaitu seperti berikut:


Melaui kaedah penjenamaan semula liga tempatan di samping kejayaan pasukan kebangsaan di peringkat Asia Tenggara iaitu dengan menjuarai Sukan Sea di Laos dan Piala AFF Suzuki, liga Malaysia dijangka kembali mendapat sambutan dalam kalangan peminat tempatan walaupun format pertandingan tidak diubah iaitu pengharaman pemain import dan juga ketiadaan wakil Malaysia dalam saingan Piala AFC disebabkan pasukan yg lyk bertanding takut utk menghantar wakil beraksi disebabkan tiada pemain import. ( mengambil iktibar dari peristiwa tahun lps bagaimana Selangor dibelasah teruk di peringkat kumpulan) dna akhirnya kandas di peringkat kumpulan.

Kedah cuba menawarkan diri utk beraksi dlm saingan tersebut namun permintaan mereka tidak dilayan oleh FAM walhal Kedah sudah 3 kali mara ke peringkat suku akhir termasuk 2 tahun yg lalu sewaktu ketiadaan pemain import.

Apa2 pun, selamat menonton liga Malaysia walaupun waktu perlawanan bertindih dgn EPL :-)..bagi yg tinggal berdekatan dgn stadium, dtglah beramai-ramai menyokong pasukan anda...terima kasih. 

Safee Sali penyerang berbisa Selangor

Idlan Talaha pemain Kelantan yg berskill tinggi

Badrol Bakhtiar pemain sayap Kedah dan turut berbahaya di pintu gol lawan

Selebriti bola sepak merangkap penyerang N9 Zaquan Adha

Ashaari Samsudin penjaring terbanyak liga super terus menabur bakti bersama Terengganu

Bekas pemain Kelantan yg kini menjadi sandaran T-Team Indra Putra

Akmal Rizal pemain buangan Kedah kini mencuba nasib di Perak

No comments:

Post a Comment