blue moon is rising

Wednesday, December 8, 2010

Perjalanan Pulang

  Tanggal 5hb Disember 2010, maka bermulalah cuti semester utk sesi 2010/2011 di tempat ak menuntut ilmu. Maka kebanyakan pelajar yg mengambil paper last pda 4hb telah menjadikan tarikh tersebut sebagai masa yg sesuai untuk pulang ke kampung halaman masing-masing setelah berbulan-bulan menetap di Tg Malim dan Ulu Bernam tercinta.Begitu juga dengan ak. Tetapi bezanya kali ini ak akn menaiki bas lompat iaitu dr Tg Malim ke Ipoh, dan Ipoh ke Sg Petani ditemani oleh kwnku iaitu Mat Yown yg tiba-tiba berasa hndak pulang bersama-sama dengan ak pda cuti kali ini.

Mat Yown artis dan Arjuna

   Maka selepas jam 8.30 pagi kami pown bertolak menaiki bas Sri Maju utk ke Ipoh. Apabila tiba di Ipoh kami pun terus membeli tiket utk ke destinasi masing-masing. Walaubagaimanapun kami ttp menaiki bas yg sama. Apa yg membuatkan ak berasa x puas ht adalah skp pemandu bas yg kami naiki dr Ipoh ke Sg Petani itu yang sgt samseng dan kurang ajr. Pda mulanya disebabkan masalah teknikal akak yg menjual tiket di kaunter terpaksa menukar bas yg kami naiki. Oleh sebab beberapa kekeliruan telah timbul maka ak t'pksa mencari satu demi satu bas yg sma dgn no.plat yg diberi. Akhirnya ak pown menjumpainya. 

  Ak berasa sgt pelik kerana di bhgian hdpn bas t'pmpang ppan tnda Lumut dan apa2 lg ntah tempat yg lgsung x menunjukkan bas itu akn bergerak ke Kedah. Lalu ak pown bertanya: 

" Pak cik, bas ni ka yg pg Sg Petani dan Alor Star?"
dengan nada yg serius dan agk mrh pak cik bas tersebut menjawab:
" naik je la...bas ni nk jln dah"... 

  Amboih, sngguh samseng driver bas ni, dah la x jwb soalan. Setelah ak mndpt jwpn sedemikian maka dgn tergesa2 ak pown pnjat tngga bas itu. Slps itu, len plak ckp dia. Dia menyatakan bahawa beg ak perlu diletakkan ke dlm perut bas. Ak memberi jwpn bhwa perut bas sudah penuh tetapi sekali lg dgn biadapnya dia trun dan membaling serta menyumbat beg2 penumpang yg len sesuka hatinya. Gaya pemanduan beliau juga sgt berbahaya. Beliau memandu dgn sgt laju dan memotong kenderaan lain sesuka ht. Jd itu merupakan pertama dan terakhir ak akn menaiki bas Kurnia Bestari tersebut. 



  Semasa dalam perjalanan pulang, ak telah berkenalan dgn seorang pelancong dari Jepun yg kebetulan dduk di sebelah ak dan sgn dlm perjalanan ke Butterworth. Beliau pda aslnya bercadang utk berbasikal dr Bangkok ke Singapura namun disebabkan kemalangan beliau terpaksa membuat keputusan utk pulang ke Bangkok menaiki keretapi dr Butterworth. Semasa dlm perjalanan byk perkara yg kami bincangkan. Antaranya beliau memuji2 cuaca di negara kita yg x terlalu sejuk, kemudahan infrastruktur yg baik, keamanan dan keharmonian kaum di negara kita dan sebagainya.Bahkan beliau menyatakan negara kita lebih maju dari Thailand dan setaraf dgn Singapura Disebabkan minatnya yg mendalam dlm sukan berbasikal, beliau mengenali jaguh lumba trek basikal kita iaitu Azizul Hasni Awang. Sebagai rkyt Malaysia, ak berasa sgt bangga apabila pelancong dr negara luar memuji2 negara kita. 

Jaguh lumba basikal 
negara

                                     
  Kira-kira sejam sebelum sampai di Butterworth, kami mula berborak tajuk-tajuk yg lebih mendalam iaitu berkenaan dgn sistem politik,ekonomi dan sosial negara. Beliau merupakan seorang doktor psikologi dan sgt fasih berbahasa Inggeris walaubagaimanapun beliau lgsung tidak pndai berbahasa Melayu. Pada mulanya ak sngja bertnya berkenaan hbungan diplomatik negaranya dgn China dan Korea Utara yg mana sedikit tegang kebelakangan ini. Kemudian beliau bertanya pendapat ak berkenaan satu kaum minoriti yg tinggal di negara kita.

  Beliau menyatakan kaum tersebut sentiasa cuba menguasai bidang ekonomi bukan saja di negara kita malahan di negara-negara lain disebabkan mereka sentiasa mendapat sokongan yg padu dan teguh dari negara asal mereka. Beliau juga menyatakan bangsa tersebut sentiasa berfikir tentang wang dan tujuan mereka hidup di dunia ini hanyalah utk menjadi hmba wang. Akhrnya dia membuat kesimpulan bahawa beliau sgt benci akn kaum tersebut tidak kira walau dimana mereka berada. Ak tidak memberikan sebarang reaksi sebaliknya hnya tersenyum. Beliau juga menceritakan kehebatan team bola sepak Jepun yg kini merupakan antara kuasa besar bola sepak Asia, dan juga sejarah Jepun ketika menjadi kuasa besar dunia dalam bidang ketenteraan. Ternyata sekali pengetahuan beliau amatlah luas dlm semua bidang. 

pasukan bola sepak Jepun

tentera Jepun pada zmn dahulu

  Akhir sekali, ak bertnaya pula tntang agama dan kepercayaan orang Jepun. Beliau menjawab kebanyakan org tua2 di Jepun beragama Shin Tao dan golongan muda beragama Kristian. Walaubagaimanapun beliau tidak mempunyai agama namun beliau sedang mempelajari agama Islam dan bakal masuk Islam x lama lg. Walaupun bukan lagi seorang Islam, sekali lagi ak berasa kagum disebabkan beliau turut mempunyai pengetahuan ttg Islam seperti puasa, rukun haji, sembahyang 5 waktu dan sebagainya dan yg paling ak ingt beliau turut menyatakan agama Islam bukanlah agama pengganas sebaliknya org Amerika dan Israel adalah pengganas yang sebenar. hmmm ak doakan semoga beliau masuk Islam x lma lg. Menjelang jam 2 ptg..ak pown slmt smpai ke Sg Petani. 
 

4 comments: