blue moon is rising

Sunday, October 31, 2010

If One Day

If one day you feel like crying...
Call me
I don't promise that I'll make you laugh
But I can cry with you..
If one day you want to run away
Don't be afraid to call me
I don't promise to ask you to stop
But I can be with you..
If one day you don't want to listen to anyone
Call me
I'll promise to be there for you
and I promise to be very quite..
But...
If one day do you call
and there is no answer....
Come fast to me
Perhaps I need you

Sunday, October 24, 2010

Bola dan cerita tamil

   Pada 21hb oktober yang lalu, seperti kebiasaannya stp hari khamis mlm jumaat perlawanan bola sepak Europa Leauge akn berlangsung. Kebiasaanya pasti akan terdapat segelintir penyokong Liverpool dan Manchester City (segelintir: disebabkan penyokong kedua-dua pasukan tidaklah seramai peminat Man Utd mahupun Kelantan) akan sanggup bersengkang mata bagi menonton pasukan kesayangan masing-masing bermain.Jadi, setelah selesai bermain futsal dan melepak di kedai mamak pada jam 12.50 tgh mlm ak pown cpt2 la naik ats mndi apa suma sbb nk menemani mat yown la knonnya nak tgk Liverpool lwn Napoli pada jam 1 pagi.
  Ketika sampai di bilik tv, keadaan nampaknya tidaklah mengecewakan kerana pada mlm tersebut bukan kami 2 org shj nmpknya akn menonton perlawanan bola sepak kerana masih terdapat beberapa org lg individu yg turut sama meminati team Liverpool bersama-sama turun utk menonton perlawanan tersebut. ( aku bukan pyokong Liverpool nah tp Manchester City dan Man City men pkul 3 pagi mlm 2). Namun apa yg membuatkan kami berasa pelik terdapat seorang individu yang kesepian sedang asyik menonton televisyen keseorangan. Ingatkan dia sedang asyik menonton perlawanan bola sepak rupa-rupanya dia tgh lyn movie tamil sorg-sorg di tgh mlm.
  
                                          Mungkin inikah cerita Tamil yang ditonton beliau?

  Oleh itu, salah seorang daripada kami menghampiri beliau dan bertanya " nk tgk bola Liverpool lwn bleh dak?" tetapi tiada sebarang respons diberikan. Selepas itu soalan yang sama diajukan sekali lagi. Malangnya beliau mungkin mengalami masalah pendengaran dan terus mengabaikan pertanyaan kami. Maka apabila cara yg penuh kelembutan tidak berhasil salah seorang drp kami bertindak nekad dgn menggunakan kekerasan iaitu terus menukan channel menggunakan dicorder ( disebabkan khar telah menyembunyikan remote control) bagi menonton perlawanan bola sepak. Muka beliau berubah serta-merta dan nmpk agk kemarahan. Walaubagaimanapun disebabkan kami agk rmai beliau tidak berani memberontak lalu terus bngun nk meninggalkan kami dengan perasaan yg penuh amarah dan dendam.
  Selepas beliau berlalu pergi, maka kami pown bercerita berkenaan diri beliau serba sedikit. Kata seorang kwn, beliau mmg seorg yg sgt pelik, gemar menyendiri dan suka menonton filem tamil secara individu iaitu berseorangn pada waktu mlm. Yang menghairankan kami dia langsung tidak mahu berkomunikasi dan hanya memberikan reaksi mimik muka mcm sial sewaktu kami mengajukan soalan kepadanya. Selepas berakhir game Liverpool maka jam 3 pagi Man City pula beraksi. Kedengaran lif sekali lagi terbuka dan pntu khar berbunyi, muncul lagi individu tersebut turun bagi melakukan pemeriksaan sama ada masih terdapat manusia lagi atau sebaliknya di dalam bilik tv. Namun, setelah didapati masih terdapat manusia dalam bilik tv tersebut, beliau berlalu pergi dgn pnuh kekecewaan. hmm kesiannya..harapan kami semoga cerita tamil tidak mempengaruhi emosi dan tgkh laku beliau selepas ini, manalah tahu kn kot2 la lps ni dia x puas ht x dpt tgk cerita tamil dia mgamuk bwk parang ke..hahahha sekian .

                                          Mungkinkah beliau individu yg dimaksudkan itu? tetapi
                                          beliau adalah seorang Melayu dan tidak mempunyai jambang.

Sunday, October 17, 2010

Special dedication for the special one

If you are alone,
I will be your shadow,
If you want to cry,
I will be your shoulder,
If you are not happy,
I will be your smile,
If you ever need me,
I will always be there for you,
I love you so much sayang...

this is our first date

our first trip together going back home


Kejohanan Futsal Tertutup Perbayu

Pada tanggal 17 Oktober 2010, Persatuan Bahasa Melayu UPSI (Perbayu) telah menganjurkan kejohanan tertutup futsal yang mana setiap semester diwajibkan menghantar wakil masing-masing. Pasukan Bm sem 3 juga turut tidak terkecuali menghantar 3 wakilnya iaitu Ku Buju A, Ku Buju B dan Ku Buju C. Yang menariknya, walaupun bdk laki2 bm sem 3 ini mempunyai 3 pasukan yang berlainan namun pemain-pemain yang beraksi adalah tetap sama.
Masih tidak faham? Hal ini berlaku disebabkan oleh kebanyakan budak bm laki2 sem3 hnya berminat beraksi x sampai satu perlawanan penuh pun dan terdapat juga yang beraksi satu perlawanan kemudia balik...Jadi pengadil pertandingan juga menjadi kehairanan disebabkan setiap kali beliau memanggil nama pasukan bm laki2 semester 3 walaupun nama pasukan yang berlainan namun pemain yang turut beraksi masih tetap sama.
Berikut merupkan antara aksi ak dan kwn2 yg lain dalam pertandingan ini.


                                         Aksi Kodri dan Hazrul.Aku hnya melihat


                                          Aku membawa bola sambil diperhatikan oleh Hazrul.


                                           Aku membuat hantaran kpd Mat Yown.

Apa-apa pun, bila bersama kwn2 satu kos dan menghabiskan masa bersama-sama memang seronok. Selepas letih bermain futsal, aktiviti kami yang seterusnya adalah mandi sungai Samak.

Saturday, October 16, 2010

Pahala Seorang Wanita

Agama Islam memandang tinggi martabat kaum wanita. Bahkan seseorang wanita itu lebih mudah untuk masuk syurga berbanding lelaki. Berikut merupakan antara kelebihan yang diperoleh oleh kaum wanita berbanding lelaki.

  1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 org wali.
  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  3. Dua rakaat solat wanita hamil adalah 80 kali lebih baik drp wanita tidak hamil.
  4. Wanita yang memberi minum susu badan kpd anknya akn diberi pahala berdasarkan setiap titik susu yg diminum oleh anaknya.
  5. Wanita yg melayan suaminya dgn baik yg pulang ke rumah dlm keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  6. Wanita yg menghabiskan malamnya dgn tidur yg tidak selesa kerana menjaga anaknya yg sakit akn mendapat pahala seperti memerdekakan 20 org hmba.
  7. Wanita yg melihat suaminya dengan penuh kasih syg akn dipndng Allah dgn penuh rahmat.
  8. Wanita yg menyebabkan suaminya keluar berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangga akn msuk syurga 500 tahun lebih awl berbanding suaminya.
  9. Wanita yg tidak cukup tidur kerana menjaga anaknya yg skt akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan apabila dia berusaha menghiburkan hati anaknya itu, Allah akn mengurniakan pahala seperti  beribadat selama 12 tahun.
  10. Wanita yg menguli tepung dgn lafaz bismillah akan diberkati rezekinya oleh Allah.
  11. Wanita yg menyapu lantai smbil berzikir akn mendapat pahala seperti membersihkan lantai Baitullah.
  12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat kpd suami akan diizinkan oleh Allah untuk masuk syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.
  13. Wanita yg sedang hamil akn mendapat pahala seperti berpuasa di siang hari dan beribadat pula di mlm hari.
  14. Wanita yg hamil akn mendapat pahala 70 thn puasa sunat dan setiap kesakitan satu uratnya akn dikurniakn Allah satu pahala haji.
  15. Wanita yg meninggal dunia ketika melahirkan anak akn dikira mati syahid.
  16. Wanita yg melayan suami tanpa khianat akn memperoleh pahala seperti 12 tahun mengerjakan solat.
  17. Jika wanita memeberi susu badan kpd anaknya yg sedang menangis, Allah akn mengurniakan pahala seperti 1 tahun solat dan berpuasa.
  18. Wanita yang meninggal dunia dalam keredhaan suaminya akan mendapat pahala seperti 80 tahun ibadat.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa, martabat kaum wanita adalah sangat tinggi dan mulia di sisi agama Islam. Sekiranya anda mempunyai ibu atau isteri dan perkataan yang hampir sama waktu dengannya yang mempunyai ciri-ciri seperti di ats, bersyukurlah kerana anda mempunyai ibu atau isteri anda adalah wanita yang solehah.