Niat aku pada mulanya bukan untuk mengutuk tempat aku menuntut ilmu ini, aku bersyukur dapat belajar di satu-satunya universiti pendidikan yang terdapat di negara ini tetapi hakikatnya pendaftaran kursus secara online yang baru diperkenalkan semasa aku di semester 1 amatlah menyusahkan dan sama sekali tidak menepati ciri-ciri atau kritria serta nilai-nilai bitara yang terdapat dalam motto UPSI. Di sini aku ingin menyenaraikan secara umum nilai-nilai bitara UPSI iaitu :
UPSI yang aku cintai
- Intergriti
- Profesional
- Semangat berpasukan
- Berorientasikan pelanggan
- Prihatin kebajikan anggota
- Kreatif dan inovatif
- Integriti: merangkumi amanah, telus, akauntibiliti, dan adil. Adilkah pendaftaran kursus dibuat secara berasingan iaitu pendaftaran dibuat berdasarkan tahap kesenioran pelajar iaitu bermula dari semester 7 hinggalah menurun ke semster 1. Jika berdasarkan logik saya, pelajar senior tidak menghadapi masalah bagi mendaftar subjek masing-masing kerana semester 7 biasanya tidak perlu bersaing bagi merebut tempat bagi mendapatkan subjek universiti, major serta minor berbanding pelajar semester 1 hingga 3 yang terpaksa bersaing sesama sendiri merebut subjek-subjek yang terhad serta bilangan kelas yang tidak mencukupi. Kesannya daripada perlaksanaan sistem ini biasanya disebabkan kami merupakan giliran yang terakhir mendaftar kursus, kami biasanya akan mengutip sisa-sisa atau subjek yang tidak popular dan tidak digemari oleh pelajar-pelajar senior tidak kiralah major,minor atau subjek universiti.
- Profesional. bidang ini merangkumi iltizam, cinta ilmu,kompeten dan beretika. Memang sesiapa sahaja yang masuk ke UPSI seorang yang cinta akan ilmu dan beretika berbanding universiti-universit yang lain ( puji sikit UPSI..He3) persoalannya profesionalkah kita dengan memperkenalkan sistem pendaftaran kursus terbuka ini yang nyata menyusahkan pelajar dan akhirnya menjadi haru-biru iaitu terpaksa berulang-alik ke fakulti merayu-rayu supaya dibukakan lagi kelas-kelas yang tidak dapat didaftarkan semasa minggu pendaftaran disebabkan sudah penuh.
- Dalam nilai semangat berpasukan dan berorientasikan pelangaan, semangat berpasukan dapat dilihat dengan jelas semasa hari pendaftaran kursus. Rakan-rakan akan sentiasa membantu iaitu dengan membantu rakan yang lain sekiranya berlaku gangguan WIFI atau kegagalan untuk memasuki MySis. Nilai kerjasama dan toleransi dapat dilihat dalam situasi sebegini. Namun dalam kes sebegini, dimanakah nilai yang menunjukkan berorientasikan pelanggan? pelajar terpaksa bersengkang mata sejak jam 12 tengah malam sewaktu pendaftaran dibuka sehinggalah esok pagi semata-mata untuk menunggu untuk memasuki sistem Mysis yang menjadi lembab gara-gara terlalu ramai yang cuba untuk mengakses dalam satu masa yang sama. Ini sama sekali langsung tidak berorientasikan pelanggan tetapi lebih cenderung memberi lebih kesenangan kepada pihak penjual dalam konteks ini pihak pengurusan. Bak kata orang Kedah " depa saja biaq kita susah asaikan qeja depa senang".
- Akhir sekali nilai kreatif dan inovatif. Berdasarkan kesusahan yang sering ditempuhi kami selama melakukan course registration ternyata sekali pihak pengurusan memang kreatif dan inovatif iaitu merebut peluang dan berdaya cipta. Mereka membiarkan kami berebut peluang sesama sendiri melalui daya cipta mereka dan secara rumusannya mereka sangat kreatif dan inovatif dalam menyusahkan kami. Lihat sajalah semester depan kebanyakan jadual kuliah yang terpaksa kami susun sendiri adalah clash dan tidak boleh di add secara serentak disebabkan oleh pertembungan masa dan hari. Kesimpulannya jangan kata nak ambik 21 jam kredit semster depan, nak cukupkan 18 jam kredit pun susah...hmmm...walaubagaimanapun, aku tetap rasa gembira diberi peluang belajar di sini, mengenali rakan-rakan baru di sini, dan aku rasa gembira dan sangat suka bumi Tg Malim dan Hulu Bernam kolej kediamanku. :-)
Kampus baru yang dijangka siap menjelang 2013
Sungguh cantik dan canggih
Kolej kediaman yang tercinta
Sungguh cantik dan selesa serta tinggi
Guru adalah salah satu pekerjaan yang mulia :-)
kitalah yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa
memang cikgu bitara lar mg,,hagagagaga~
ReplyDeletekoya....ak x sngka bnda ni jd lg sdgkn ak tulis sebelum minggu reg kursus..hahha
ReplyDelete