blue moon is rising

Monday, January 31, 2011

Liga Super Malaysia

  Tanggal 29 Januari 2011, liga utama negara yg dikenali sebagai Liga Super telah memulakan musimnya yg baru iaitu 2011/12 mcm EPL la plak..he3... dgn penjenamaan semula liga malaysia dgn Astro telah dilantik menjadi penaja rasmi liga tempatan ini dgn kontrak 4 tahun bernilai rm220 juta yg meliputi hak penyiaran yg bernilai rm30 juta dan juga tambahan bernilai rm100 juta bg kegiatan promosi oleh setelit berbayar. Jumlah ini adalah lebih bsr dan lumayan berbanding yg diterima leh FAM semasa Telekom Malaysia Berhad ( TM) menjadi penaja rasmi bola sepak tempatan dgn jumlah yg hanya mencecah rm12 juta. Maka tidak hairanlah sambutan yg diterima dan respon yg diberi oleh rkyt Malaysia juga adalah hambar dan tidak bermaya.

Makanya, sebelum sepak mula perlawanan pertama bg liga Super logo rasmi dan yg terkini telah diperkenalkan iaitu seperti berikut:


Melaui kaedah penjenamaan semula liga tempatan di samping kejayaan pasukan kebangsaan di peringkat Asia Tenggara iaitu dengan menjuarai Sukan Sea di Laos dan Piala AFF Suzuki, liga Malaysia dijangka kembali mendapat sambutan dalam kalangan peminat tempatan walaupun format pertandingan tidak diubah iaitu pengharaman pemain import dan juga ketiadaan wakil Malaysia dalam saingan Piala AFC disebabkan pasukan yg lyk bertanding takut utk menghantar wakil beraksi disebabkan tiada pemain import. ( mengambil iktibar dari peristiwa tahun lps bagaimana Selangor dibelasah teruk di peringkat kumpulan) dna akhirnya kandas di peringkat kumpulan.

Kedah cuba menawarkan diri utk beraksi dlm saingan tersebut namun permintaan mereka tidak dilayan oleh FAM walhal Kedah sudah 3 kali mara ke peringkat suku akhir termasuk 2 tahun yg lalu sewaktu ketiadaan pemain import.

Apa2 pun, selamat menonton liga Malaysia walaupun waktu perlawanan bertindih dgn EPL :-)..bagi yg tinggal berdekatan dgn stadium, dtglah beramai-ramai menyokong pasukan anda...terima kasih. 

Safee Sali penyerang berbisa Selangor

Idlan Talaha pemain Kelantan yg berskill tinggi

Badrol Bakhtiar pemain sayap Kedah dan turut berbahaya di pintu gol lawan

Selebriti bola sepak merangkap penyerang N9 Zaquan Adha

Ashaari Samsudin penjaring terbanyak liga super terus menabur bakti bersama Terengganu

Bekas pemain Kelantan yg kini menjadi sandaran T-Team Indra Putra

Akmal Rizal pemain buangan Kedah kini mencuba nasib di Perak

Wednesday, January 12, 2011

Berhentilah Merokok !!!

   

Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan


Merokok membahayakan kesihatan...Begitulah ayat yg sering t'pampang setiap kali anda membeli rokok. Pada pandangan aku langkah kerajaan meniru negara-negara barat dan negara jiran dengan memaparkan gambar-gambar kesan merokok sebenarnya tidak berkesan kpd si perokok terutama yg mmg perokok tegar. Kerajaan sebenarnya tidaklah begitu serius dalam mengambil langkah mengurangkan jumlah perokok di negara kita Malaysia. Hal ini kerana hasil jualan rokok di negara kita Malaysia mencecah rm50 juta sehari dan rm105 juta sebulan jika dihitung jumlah perokok tegar di Malaysia yg mencecah 7 juta orang. Jumlah ini pasti menguntungkan kerajaan kerana rokok dan juga arak merupakan antara penyumbang hasil ekonomi terbesar dalam negara setiap tahun. 




  Melalui kempen Tak Nak merokok yang x seberapa dan iklan-iklan di televisyen yang langsung tidak memberi kesan atau menakutkan perokok tegar, di sini aku ingin memberi cadangan tersendiri mengapa gambar atau kempen Tak Nak yg kini jarang ditayangkan di televisyen ditukar kpd cara-cara untuk berhenti merokok. Apa kata di kotak rokok tidak lagi menayangkan gambar2 bodoh yg langsung tidak menyeramkan itu juga di tukar kpd cara2 untuk berhenti merokok. Kalau betul nak suruh orang berhenti gtaw la caranya mcm mana bkn pndai berkempen dan cakap pandai je suruh orang supaya berhenti merokok. Berdasarkan kajian yg telah dilakukan oleh Global Youth Tobacco Survey, 7 daripada 10 remaja yang merokok berisiko untuk mendapat penyakit kanser yg boleh membawa maut akibat merokok.  


  Fakta sepintas lalu
  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.
kesan merokok


  Jadi, persoalannya di sini x perlu la hendak dicetak gambar2 kesan merokok, x perlu la mewawarkan kesan2 akibat merokok kerana kebanyakan perokok pada zmn sekarang dah educated suma sudah sedia maklum kesan-kesan akibat merokok spt kanser paru, kanser mulot, kanser tekak, dan sebagainya tetapi tidak mampu melawan ketagihan akibat merokok. Jadi kempen2 yang x berapa cerdik di televisyen dan media2 massa yg lain menyeru perokok supaya berhenti merokok haruslah ditukar kepada cara-cara untuk berhenti merokok kerana sebahagian besar perokok sebanarnya mempunyai keinginan utk berhenti merokok tetapi tidak mengetahui cara yang betul utk berhenti merokok. Berikut merupakan 5 cara yg mudah utk berhenti merokok : 
   





1. Selalu Berpuasa.
Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.
2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.
Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.
3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.
Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.
4. Aktif bersukan.
Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.
5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela.
Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.
Kepada perokok2 tegar di luar sana, selamat mencuba dan hentikanlah tabiat merokok!