blue moon is rising

Saturday, April 2, 2011

Perbezaan stesen TV Malaysia dan Indonesia



Memasuki tahun 2011, Astro Arena telah dipilih secara rasmi sebagai penaja utama siaran langsung MSL Liga Super. Kontrak yang telah dimeterai bersama FAM menjangkau masa sehingga 4 tahun. Teknikalnya, kita sering  mempunyai tanggapan bahawa negara jiran kita Republik Indonesia merupakan negara yang miskin berbanding negara kita Malaysia. Namun, jika kita melihat kesungguhan kerajaan negara jiran kita dalam menyajikan siaran langsung sukan terutama bola sepak wajar dipuji dan kita seharusnya berasa malu dengan negara Indonesia. Hal ini kerana hanya terdapat beberapa stesen televisyen percuma yang dapat ditonton oleh rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak. Di Malaysia untuk menuntut siaran langsung bola sepak kita perlu melanggan stesen TV berbayar iaitu Astro. Walaubagaimanapun, kerajaan harus sedar bukan kesemua rakyat di negara ini mampu untuk melanggan astro. Di sini, saya ingin membuat perbandingan stesen televisyen sukan percuma yang terdapat di Indonesia dengan Malaysia.

 
 
 


Indonesia
1. Indonesia Super Leauge : ANTV
2. Liga Primer Indonesia : INDOSIAR, TRANS TV, METRO TV
3. English Primier Leauge : MNCTV, GLOBAL TV
4. Serie A : INDOSIAR
5.La Liga : TV ONE
6. UEFA Champions Leauge: RCTI
7. Asian Champions Leauge & AFC CUP : GLOBAL TV
* kesemua stesen televisyen di atas adalah PERCUMA !!!!

 


Malaysia
1.Malaysia Super Leauge, FA Cup, Piala Malaysia : ASTRO 801
2. Kesemua Liga Utama Dunia : Astro ESPN, Star Sport ( kesemuanya stesen televisyen berbayar)

Jadi kesimpulannya memang rakyat Malaysia lebih kaya dari rakyat Indonesia kerana lebih gemar menonton perlawanan bola sepak melalui stesen televisyen berbayar dan kerajaan Malaysia yang miskin kerana telah mengenakan caj bagi menampung sumber pendapatan tahunan mereka :-).




To be a better man

  1. Happy Moments - PRAISE ALLAH 
  2. Difficult Moments- SEEK ALLAH 
  3. Quiet Moments - WORSHIP ALLAH
  4. Painful Moments - TRUST ALLAH 
  5. Moment By Moment - THANK ALLAH